01 September 2012
Ramadan & Syawal 2012
Syawal itu paling istimewa.
Benar janji Allah.
Mengadu PadaNya.
Memohon PadaNya.
Insaf, tawaduk & tawakal.
Maka Insyaallah, diperkenankaNya.
Benar janji Allah.
DugaaNya dalam pelbagai bentuk.
Sabar, usaha dan redha.
Maka Insyaallah, nampak hikmahNya.
Ya Allah,
Ampuni lah kami.
Kuat lah hati kami.
Teguh kan lah cinta kami.
Lindungi lah kami.
Sembuhkan lah luka ini.
Allah Huakhbar.
AMIN.
12 October 2009
Eid 2009
.
Aidilfitri tahun ni, first day kat Shah Alam - rumah MIL. Lepas zuhur, ke Melaka - Kampung MIL. Beraya kat rumah sedara mara belah MIL kat Melaka, lepak satu malam, balik Nilai. Yang lain-lain berangkat ke destinasi masing-masing lepas beraya kat kampung aku, Che Man and I tinggal di Nilai sampai hujung minggu tu. Pastu kerja hari Sabtu, balik Nilai, kerja balik hari Isnin.
.
Cerita raya pun dah tak berapa nak ingat, jadi aku upload gambar saja untuk kenang-kenangan di hari tua.
.
Aci?
.
Pagi raya pertama at MIL's in Shah Alam.
Habis semua color baju raya tengelam jadi kuning
dek lampu rumah MIL. Ingat nak snap sekali lagi
kat luar rumah, tapi terlupa lak.
.
>
.
(Nasib baik kelapa tu tak jatuh atas kepala)
.
.
.
.
.
05 October 2009
Aku tak buat open house tahun ni. Tapi... sesapa nak ziarah, datang je lah. Bagitau dulu, nanti aku goreng kan mee (sajer).
"Jap aa... saya cuma nak cakap :
Ibu saya malas nak ber-open house.
Takut nanti saya terlebih duit raya"
14 October 2008
Che Man Komplen Lagu Raya dah Tak Banyak Main
Kami balik Nilai petang sebelum raya tu. Dah banyak yang mak, abah & adik-adik aku buat. Rasa nak nangis okey tengok mak aku yang suffering from arthritis tu terbongkok-bongkok siapkan 2 kuali besar rendang dan 1 periuk besar sup tulang. Nasib baik ada adik-adik aku tolong. Aku kemas-kemas umah pas tu gi kedai rembat apa-apa yang belum cukup lagi.
Malam raya mak aku kata dia dah request orang takyah takbir kat umah. Tak larat katanya. Walaupun kurang meriah tapi aku okey je. Memang tak menang tangan la kalau ada takbir kat rumah malam tu. Busy tak busy, kol 3 pagi jugak la aku tido malam tu. Che Man lak sempat (buat pertama kali aku rasa) ikut orang gi takbir kat kampung aku ni sampai satu pagi. Itu pun dah dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Kalau dulu-dulu mau kul 5 pagi baru settle. Bayangkan kepenatan orang-orang yang berjalan seluruh kampung tu dan bayangkan lah betapa lamanya tuan rumah yang terakhir tu kena berjaga!
HARI RAYA PERTAMA
My family members minus my brother & my new BIL
Lepas acara kat rumah, cepat-cepat kami kunci pintu rumah, gi rumah uwan yang tak berapa jauh dari rumah kami. Kalau lambat nanti, rumah kami kena serbu, alamat tak boleh keluar lah. Masa ni pakcik makcik & sepupu sepapat aku dah sampai. Lepas tu dia orang datang umah aku pulak, pas tu kita orang gerak dari rumah ke rumah sekeliling (semuanya sedara mara), rehat tengah hari, sambung petang, rehat mahgrib, sambung lagi sampai tengah malam.
Ramai rupanya adik-beradik perempuan aku.
Me, my sisters with some of my cousins (my mom's side)
HARI RAYA KE-2
Second day banyak lepak kat umah sambut tetamu and at night merayau lagi.
HARI RAYA KE-3
Kami dalam 4 buah kereta bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Aku singgah Shah Alam ambik FIL & MIL.
Dalam keta Che Man sound:
“Awak belum minta maaf kat saya lagi kan?”.
Ya Allah! Camna boleh lupa lak ni? Ingat nak do in private hari raya pertama tu. Dok kecoh itu dan ini, sampai terlupa lak. So macam tahun lepas, kami bermaaf-maafan dalam kereta. Kalau tahun lepas masa on the way to Melaka, tahun ni masa on the way to Shah Alam.
"Maap zahir batin bangggg....."
Kami tumpang barang-barang yang tak perlu kat rumah MIL. Tu la masalahnya, bawa barang macam nak balik setahun. Pas tu sumbat barang-barang yang perlu kat dalam keta dan bergerak ke utara. Stop berkelah kat R&R Sungai Perak for lunch with everyone else and direct to Sungai Petani.
At Sungai Petani, singgah kampung my BIL. My sister and her family dah sampai sehari sebelum tu. Minum petang & makan malam. Masa ni Aiman lasak tak ingat. Mentang-mentang la ramai budak-budak kat situ. Aku risau yang dia masuk parit ke, sawah ke. Penat betul aku dibuatnya. Terkejar sana terkejar sini, berpeluh-peluh. By the way, I had the chance to see an area which once hit by Tsunami not far from my BIL punya kampung. According to my BIL, the wave stopped just behind his parents house when Tsunami hit Kota Kuala Muda.
Malam went to abang-ipar-aku-punya-kakak-punya-rumah - somewhere in Sungai Petani town. Meriah sungguh kat sana. Tuan rumah sungguh baik & thoughtful. Macam-macam yang tersedia untuk kita orang. Walau dah makan banyak petang tadi, habis semua food yang terhidang kita orang sapu. "Orang Kondok camtu la perangainya!" -------> ayat mak aku!
Tapi takde gambar. Lupa nak snap.
Aku, Che Man, Aiman , FIL & MIL tinggalkan yang lain-lain malam tu (they all tido situ) dan bertolak pulak ke Alor Setar. Che Man yang dah kepenatan drive sorang-sorang sejak pagi tadi sambil yang lain-lain tido, tersalah jalan and we were half & hour late. Sampai kat umah Mak Long dia (my FIL’s elder sister) sudah 11pm. Penat tak usah cakap, tapi sempat they all makan nasi minyak lagi tu. Aku surrender.
Ini kali kedua aku datang rumah Che Man punya Mak Long. There are three of them in the house. Semua dah tua dan tak berapa sihat. Cuma there is one 59-year old lady we called Cik Chah yang cergas sikit. Hidup pulak serderhana je. Rumah tua tu sudah bertambah uzur sampaikan kami tak dibenarkan naik bahagian atas rumah sebab dinding yang berlubang sana sini. But their hospitality is superb! They tried their best to make us as comfortable as they could and made efforts to prepare delicious food. Aku rasa bersalah pulak menumpang rumah dia orang, tapi kalau datang tak tido sana, nanti dia orang terasa lak. So, redha je lah.
RAYA KE -4
At noon kami bertolak ke Jitra. This was the main reason kami beramai-ramai ke utara tahun ni - my younger sister wedding reception sebelah lelaki. Termasuk my BIL’s sisters & family, there were 8 cars altogether. Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar and we love the food. Kecoh bila balik citer pasal kari (agaknya la) daging dengan umbut pisang. "Jakun betul orang Kondok! "------> my mom punya ayat jugak!
Dah babai kat adik aku yang kini milik orang, kami beramai-ramai ke Bukit Kayu Hitam. Ni la first time aku sampai sini. Well, takde apa yang menarik sangat pasal tempat ni. Kecik je area dia. Tak macam Nilai 3. Takde murah sangat barang nya pun. Tapi sempat gak aku terbeli barang. Alang-lang dah sampai kan.
Tengah aku dok mengejar Aiman ke-hulu ke-hilir (aktiviti wajib di setiap destinasi), ada suara menjerit “Nomiiiii!!!!.....”. Bila aku angkat muka…. Rupa-rupanya kawan aku from KL. Gile! Kat KL tak jumpa, kat situ boleh pulak terjumpa.
Then said goodbye to others yang akan bertolak balik ke Nilai, kami bertolak balik ke Alor Star. Sempat singgah Jitra semula makan Char Koey Teow – Cik Chah sibuk nak belanja. Dah puas aku pujuk tak yah mengada belanja tapi dia insisted. Again I was touched.
Pasal kedai makan tu: Mula-mula heran gak aku camna kedai ni (more like gerai with many tables & chairs) boleh survive, jual satu jenis makanan je, tapi memang sedap. Tu la ramai orang datang makan tu. Tapi nama gerai lupa lak! Yang aku ingat dekat dengan pasaraya YAWATA. Pepandai la korang carik sendiri.
HARI RAYA KE-5
At around 10.00am, after breakfast kami bertolak balik ke Shah Alam. Jalan tak jem teruk tapi perlahan. Aku dapat tau my sisters who left Bukit Kayu Hitam at 6pm yesterday only arrived Nilai at 4.00am that morning. We did not stop for lunch but singgah Kampar. Beraya at my MIL's friend house. Ni satu lagi tuan rumah yang bersusah payah masak lauk pauk yang enak-enak untuk kami at 3.00pm. Dah makan, Che Man sempat lelap, aku cam biasa kena kejar Aiman ke sana ke mari. Dia sibuk nak main lecak, nak naik motor, nak tangkap kucing dan sebagainya. Pas tu at 6.30pm, sambung journey to Shah Alam. Aiman slept the whole time from Kampar to Shah Alam.
I thought I could drive so Che Man boleh rehat, only later I realized lesen aku dah mati malam raya. Aku tiap-tiap tahun aku lupa renew lesen.
Akhirnya kami sampai Shah Alam tepat kul 10.30malam. Syukur sangat-sangat.
Lepak lebih kurang kat MIL pas tu angkut barang-barang balik to our own house.
HOME SWEET HOME!
Nothing beats that! Apalagi sebab besok tu cooooootiiiiiii....!
07 October 2008
Ramadhan dah Pergi, Syawal di Sini
Ditambah pulak, within the last week of Ramadhan, tiga orang yang aku kenal pergi menemui Tuhan. Sorang 20-an, sorang 40-an dan sorang 60-an. Sorang akibat kanser, sorang akibat strok dan sorang akibat kanser & strok – sekali dua. Tak terbayang aku kesedihan ibu-bapa, adik beradik, suami, isteri, anak-anak & cucu-cucu yang akan menyambut hari raya dalam beberapa hari saja lagi masa tu.
Aku? Apa yang aku buat? Malam raya baru rasa insaf! Baru terkenang-kenangkan Ramadhan yang melambai pergi.
Entah kan sempat entahkan tidak aku bertemu Ramadhan tahun depan.
Bulan Syawal pun dah datang. Bulan untuk kita kunjung mengunjung, memohan dan memberi kemaafan. Harap-harap aku tak malas untuk mengambil kesempatan bulan Syawal ni. Mana tahu aku tak sempat bertemu Syawal tahun depan?
26 September 2008
Sebelum Hari Raya
Baju Aiman dah beli semua. Sudah-sudah la tu Aiman. Asyik-asyik beli baju kau jer. Tapi nak kena alter pinggang seluar-seluar dia. Anak aku kan slim.
Untuk Che Man baju Melayu sudah. Tapi dia tak mau pakai sampin. Apa da.... tak complete la kehenseman awak raya ni (hensem ke? larikkk). Dah beli satu t-shirt & satu shirt. Tapi rasanya macam tak cukup. Kena rembat sepasang lagi ni bang oi. Kalau tak, susah la Nomi nak coordinate nanti.
Baju aku ada dua pasang yang baru. Kot-kot last minutes dapat sepasang lagi, alangkah bahagia nya. Lain-lain tu boleh pakai baju lama la. Bukan orang perasan sangat pun. Handbag besar gedabak pun dah beli. Senang nanti nak masuk Aiman punya botol air, pampers, spare baju, towel dan sebagainya. Roboh la bahu ibu nak oi. Tak beli kasut. Beli sandal tumit rendah je. Senang nanti nak sarung & jalan sambil dukung hero aku tu. Sekarang ni pakai apa-apa pun nak kena accommodate Aiman punya factors.
Baju mak ngan mak mertua dah settled. Tapi tak pulak aku dapat beli tudung dia orang. Bab ni aku sangat tak pandai. Pandai-pandai mak berdua la nak settle kan tu. Tinggal lagi nak beli seluar untuk abah. Dia dah pesan sejak tahun lepas, tak mau baju. Baju dah banyak katanya. (Bukan main eksyen bapak aku) Suka hati abah la. Barang untuk bapa mertua aku, aku serah kan pada Che Man. Takkan semua nya aku kan?
Baju untuk adik-adik aku yang tiga orang pun dah settled – kami tiga kakak kongsi belikan. Tapi balik kampung hujung minggu ni sah-sah kena pau lagi. Mesti ada je lagi benda yang dia orang nak. Cepat la korang kerja, boleh sponsor kita orang pulak!
KUIH RAYA
Tak buat lansung. Aku beli few types untuk rumah sendiri and few types lagi untuk parents aku & mertua. Dulu mula-mula aku beli-beli kuih kat Shah Alam ni, harga dalam RM10-RM12. Pas tu makin naik tiap tahun. Baru-baru ni range from RM20-RM30 satu bekas. Tahun depan tak tau la. Bengkok aku camni. I’ll just add with some kerepek and bake a cake. Itu pun kalau rajin, kalau malas, beli je kek tu.
HOUSE
This year, I am not going to change anything for the house. Curtains, bedsheet, alas meja, throw cushion covers, alas kaki and all aku akan basuh dan guna semula. Tapi ni tak done lagi. Hari ni dah Jumaat. Esok nak balik kampung. Mampos! After that, I just refresh the flower vases – put green leaves. Rembat dari florist hotel jap lagi lah.
DUIT RAYA
Setelah aku kuis-kuis baki dalam bank, ada sikit duit raya untuk di distribute. Lebih kurang dah ready dalam sampul semua. Aku dah senaraikan yang compulsory dapat duit raya. Yang lain-lain tu, ikut rezeki dia orang la. Selalunya mak ngan bapak aku serahkan hal ni kat aku. Bebudak nak balik, dia akan sound :
“Nomiiiii…. Ni bebudak nak balik dah ni…..”
So, bersiap sedia la ngan duit raya. Budak-budak sekarang ni materialistic. Dapat packet duit raya tarussss buka pas tu dengan pitch yang tinggi dia sound :
“Ek el lehhhhhh… dua hengget jer?”
(This year, sapa sound macam tu, aku sumbat mulut dia dengan lengkong. Siap la korang!)
JALAN-JALAN
Raya tahun ni kat Nilai dulu. On the third day of raya bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Lepak satu malam kat rumah sedara, the next day, wedding reception for my younger sister (I have not blogged about her wedding yet!). Habis majlis, bertolak ke Alor Setar – my FIL’s hometown. The next day balik Shah Alam. Isnin cuti. Selasa kerja balik. Harap-harap perjalanan lancar lah hendaknya. Keta pun dah serviced. Insyaallah.
Aku risau sungguh la pasal jalan jam ni. Setiap raya tak pernah lagi rasa benda-benda cam ni. Ye la.... selama ni balik Nilai & Melaka (my MIL’s hometown) je. Tak terasa sangat. Aku takda hal lama-lama dalam keta. Cuma risau kan Aiman buat perangai.
OPEN HOUSE
This year, I am not going to do open house (macam pernah dengar je azam ni?). This time around, I am confident that I can’t do anything much. No energy – Aiman lasak tak henggat. So, sesapa nak datang tanpa or with last minutes notice – makan kuih jer. Kalau sempat aku masak la apa patut. Jangan tanya pasal open house tau! TAK BUAT! Paham?
Aku masih kena kerja sampai hari Isnin (cuma balik hujung minggu ni atas arahan ibunda untuk mengacau dodol. Kalau aku tau awal, kena balik minggu ni, awal-awal aku dah mintak cuti Isnin. Cis!) Tapi rasanya ramai yang dah start cuti esok. So di kesempatan ni aku nak minta Maaf Zahir & Batin, kalau ada tersilap kata, terguris rasa serta tercerca dan sebagainya. Ampun kan la saya.
Salam Aidilfitri semua. Enjoy the celebration people.
Semoga kita jumpa lagi di sini. Insyallah.
12 November 2007
Raya is sooooo... over!
02 November 2007
Still Raya What....
My problem is, I dunno how to summarize it. Those who read my blog regularly or know me personally will realize that I am such a long-winded woman! Yes..... I too realized that okay...? Let see.... may I start with:
The Eve of Raya (Aiyooo... ini pun citer ker?)
1st Day of Raya
2nd Day Raya
Aiman bukan main tido lagi...
3rd Day of Raya & the rest of the week
Heavy rain & flood that delayed our plan. This is jalan raya okeyyyy...
We had our lunch at 3.30pm. It was nice. Thanks to my sister & my dear mother who had to rush with lunch preparation. They never disappointed me in that department. It was sooooo good to be home.
Aiman dengan his MyKid
We went to visit my older brother at PESADA. Happy to see him, he was happy to see us. Happy to be able to celebrate raya with him, even in such situation. At least we know that he is healthier there.
Nephew, Nieces, Younger sisters and Aiman with my brother
My elder sister insisted that we shoot for family photo together before my younger sister go back to her place. It was too last minute’s notice, so you won’t see my parents and the other younger sister in this photo. Other than that, I tak ambik banyak gambar, coz I was shy to take out my camera and ask people to pose – susah la aku ni!
Mak, Abah, Adik takde dalam gambar. Isehman....!
We came back to Klang on Saturday evening.
Well, masih hari raya lagi. We did a small family gathering at my place last week, and this time I was totally forgotten about ambil gambar. Satu pun takder. Arghhhh!
I don’t think I can host an open house this raya season. Demam berpanjangan, Aiman asyik nak berdukung and and Che Man is busy with his work even on weekends. I might call few close friends for small dinner or tea and that will be in batches – rumah saya kecik! Since the raya month is almost over, maybe in the month of Zulkaedah?
ANYWAY....
SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
| Your Personality is Very Rare (ESTP) |
Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving. |
