Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

17 November 2009

Timbang Pelsu & DVD Pelsu

Tak sepatutnya talk about diet, losing weight, food or anything like that this week, BUT, why not? This is my blog, I’ll write anything I want. You all menyampah? Ada aku kesah? Muhahahaha......
.
I thought I am at 50kg. At least that is what my weighing scale tells me. But last week, I checked with a digital machine. You know.... the kind that can measure your height, weight, body mass, body fat, blood pressure, yada yada yada?
.
I am actually at FIFTY bloody TWO kilograms. 52.7kg to be exact!!!! Anytime can reach 53kg. *pengsan*
.
Went back home timbang kat rumah. Yeah... still 50kg. Sah! Timbang ni rosak. Apa-apa lah labu.
.
Let’s see these stats:
1) Weight : 52.7 kg *nangis*
2) Height : 162 cm *ooooo... baru ku tahu*
3) BMI : 20.1 (ideal 19 to 25) *ok, I guess*
4) Ideal Weight: 49 to 65 kg *Yeah right!!!*
5) Body Fat Index: 28.8% (ideal : 18 to 27%.) *Aiyoooo. Sudah terlebih 1.8%*
6) Mass Body Fat : 15.2 kg (ideal : 9.5 to 14.2 kg) *sudah terlebih 1 kg daaaa*

Nasib baik set objektif : ‘Mesti hilang 3 kg sebelum hujung tahun ini’
Bukan nya : ‘Mesti capai berat 47kg sebelum hujung tahun ni – nak mampus?’
.
Sekarang ni masih ambil breakfast macam biasa. Macam biasa mungkin bermaksud, sebungkus nasi lemak RM1 atau 3 biji karipap sardine yang lazat atau 4 keping biskut marrie atau Nescafe Kacip Fatimah & collagen sajer (in case tak sempat breakfast).
.
For lunch I am taking half of whatever amount I’m eating before.
.
Dinner cuma the ever-boring capati or tauhu bakar or milo kosong with 2in1 Quaker oat. At times whenever I feel not satisfied, I’ll eat dua sudu nasi from Che Man’s plate.
.
Ada juga hari-harinya I aku agak terlebih. Misalnya minggu lepas aku buat kek batik untuk bawa ke majlis harijadi anak buah Che Man, ada balance kek yang masih cair, aku pulun beberapa sudu sambil menonton TV. Macam hari ni jugak, aku tak sempat pun nak lunch sebab boss tipu aku. Katanya dia nak sign check sikit je sebab nak cepat, tup-tup beribu-ribu lemon cheque yang dia sign. Memang le dia yang sign, tapi aku kena baca dan explain satu-satu untuk dia. Boleh plak dia take 10 tengah-tengah tu, pas tu sign balik. Sudahnya jam pun dah pukul 4.30ptg. Pukul 5 aku kebulur, terus turun deli, sebat 2 cheese breads. Jahanam diet aku.
.
Aku tau. Looking at the time left, effort aku patut jauh lebih baik daripada ni. But I know myself well. I have to start slow. Like.. really slow.
.
I can feel the momentum has increased now (ceh wah). I can’t no longer eat big lunch now. Tak boleh masuk. I am no longer feeling hungry at night walau cuma hadap milo kosong dengan 2in1 Quaker oat for dinner. I don’t feel terliur looking at cakes anymore.
.
But this week, my efforts must be more.
.
Breakfast – must reduce the portion. No more nasi lemak or mee goreng.
Lunch – have cut into half portion, but need to reduce another 30%.
Dinner – strictly no rice (okeh… mungkin sesudu from Che Man’s plate). Just capati, capati, capati, capati or 2in1 oat in milo kosong.
Exercise – must start. 20 sit-ups before I sleep and another 20 when I get up in the morning. I’ve tried this before and it works wonder I tell you. *Jangan cakap sajer Nomi*
.
Korang dah tengok 2012? (Eh… tetiba tukar topic). Tak pernah aku suh sesapa gi lah tengok cerita tu dan ini, but this time lain. PERGI LAH TENGOK oiiii! I made booking last week but unable to pay online. Manjang error je. Sudahnya aku terpaksa reserve dan seat pun tak cun. Niat hati tu cepat sikit sampai cinema so, boleh tukar seat. It was on Friday (I took annual leave) and there was a notice board that says…. 2012 TODAY SOLD OUT! Sold out on Friday afternoon? Anyway, managed to cut queue (sebab dah buat reservation); changed session and changed to couple seat terus. Berbaloi-baloi.
.
Must get the DVD pelsu soon.

09 January 2009

Cuti Tahun Baru

Bukan cerita basi. Cuma agak masam sikit. Sila bertahan.

Malam tahun baru hati sangat sakit dengan perbuatan seseorang yang lupa janji. The excitement to pack for 2 days vacation at Kota Keriangan terus merundum. Mood melayang. Jiwa kacau. Taktala itu sedar yang Syaitan sedang berbisik-bisik, namun diri membiarkan. Lantas terlintas bayangan-bayangan jahat di fikiran. Membayangkan 'indahnya' malam dan 'puasnya' hati jika aku turutkan saja kemahuan syaitan-syaitan yang sedang berdansa disekeliling ku.

*beristihfar*


Mungkin akal masih waras. Mungkin keimanan berbaki di hati. Lantas ku panjatkan doa pada Illahi.

“Ya Allah. Hapuskan lah perasaan amarah yang meracau hati ini. Berikan aku kekuatan menepis taruhan syaitan-syaitan yang sedang kegirangan. Berikan aku daya untuk meneruskan malam dengan tenang. Amin”.

Aku gagahi juga berkemas untuk perjalanan esoknya. Sambil berkali-kali memberitahu hati supaya bertahan – jangan buka mulut. Dalam keadaan sekarang, yang keluar pasti yang sinis. Tak da yang manis. Lebih baik diam.

Sebelum tidur, aku berniat memaafkan diri sendiri. Memaafkan semua orang yang pernah membuat salah pada aku. Lantas aku beri ucapan ringkas pada mahkluk yang asalnya api :

“Dengan nama tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kau wahai syaitan yang dilaknat Allah; tidak beroleh kemenangan malam ini. Adanya kecintaan ku pada si dia (serta dengan izin dari Nya) hasutan mu telah aku atasi”.

(Aku berlindung denganmu Ya Allah daripada syaitan yang direjam. Amin)

The next morning, despite slept at 2.30am, I managed to wake up early and feeling fresh and happy like nothing happened. Timing was nice. We reached MIL’s place as promised. Soon we made our way to G.enting H.ighlands and arrived safely at around 10.30am.

Due to last minute arrangement, we only managed to book R.ia A.partment (hajat hati nak duduk hotel dekat ngan theme park). After one round up to the summit, we realized that we will not get parking space easily at that hour. So we berebut parking dengan apek & nyonya kat R.ia A.partment je. Dah tau check-in time 2pm tapi saja tried our luck. Not lucky. Apartment was sooooo not ready. So we left our things in the cars and walked. I repeat….. we WALKED to the indoor theme park.
.

Walaupun penat menapak, pantang nampak camera, boleh gak tersengih kita orang ni.

Kesian semua orang menapak naik bukit, dengan sejuk, dengan stamina tahap zero (aku le ni). Lebih kesian kat FIL & MIL who had to walked that far, naik bukit lagi in that very cold weather. Oh! Did I say that already?

.

Singgah jap kat hotel mana tah. Tumpang toilet & ambik gambar.

(Si Aiman ni pulak tak tengok camera. Dia dok hairan tengok beruk main gitar)


Sampai in-door theme park, tercengang-cengang aku. Dah berzaman tak ke sini. Tak tau camna nak mula..

(Terkenang semula pengalaman bersama kawan-kawan masa bujang dulu. Time tu tido dalam keta. Hotel semua full. Time tu nyampah sikit ngan Che Man. Muka dia sentiasa macam mencuka coz girlfriend dia tak nak ikut sama. Tapi, ada hati lak nak ngorat kita. Eh eh! Tercerita lak!)

We paid RM30 per person for all indoor rides access. Cuti sekolah & public holiday - what do you expect la kan? The place was packed like nobody business. After this & that, we picked up my MIL & FIL at Stabak. Kesian dia orang kena tunggu je kita orang habis merayau. Ye la… kalau ikut kita orang nanti, tentu penat. Sudah tu dia orang tak mau ride anything there also. However, we made sure that diaorang tau that we were just nearby. Stabak was a strategic location. Whatever ride we took, we will pas near them, so we lambai-lambai them. Hopefully they all tak rasa tertinggal gitu.


Benda alah ni dah habis pusing, tapi Aiman tak mau lepaskan kuda ni.

We walked back to the apartment. It was nearly 3.00pm. We were hungry but the apartment still was not ready. Didn’t really care. Masuk juga. Mengomel-ngomel la si tukang cuci. Berdengkit-dengkit la kaki kita orang memijak lantai sejuk & masih basah baru dimop.

The apartment - all I can say: they swept & mopped the floor, wiped the (quite old) furniture but didn’t actually scrub the whole place. Got water heaters, cooking facilities & utensils (but due to halal issues we brought our own), kettle, iron, 3 king size beds complete with pillows & blankets. Extra bed chargeable at RM10 per set. We had additional 4 sets – ramai yang gi sebenarnya. No towels & no soap. RM450 per day was the rate for super peak for three-bedroom apartment. Down stairs has mini market and cafeteria that serves halal food at (surprisingly) reasonable price tag – nak balik baru perasan daaaa.

Panaskan lauk & makan. Petang tu, itu je la kerja nya. Makan, lepak, borak, watch TV & tido. Ingat nak naik ke Theme Park balik coz our wristbands masih valid. Rugi pulak tak gunakan sepenuhnya. Tapi memikirkan kena menapak lagi dalam cuaca camtu, tak larat la.

At night after Maghrib however, BIL who left to the theme park in the evening called and informed us there are some kereta sapu downstairs that can take us to the theme park for RM2 per person. Oh seronoknya takyah jalan jejauh lagi. So we went up again and yada.... yada... yada..... Food up there quite expensive (I was told, didn’t really check), so we just bought some finger foods with coffee & tea. We had late dinner in the apartment later.

"Sudah-sudah la tu ambik gambar ibu oii..... Orang nak susu!"

The next day had brunch in the apartment and check-out.

Ni tengahari buta sebelum naik ke Theme Park. Berkabus giler.

We left our cars there and took kereta sapu to go up again. Ingat nak gi outdoor theme park but it was closed due to raining. So, indoor lagi la. We lepak-ed most of the time in one café pas tu rasa-rasa boring, jalan-jalan, penat kalau, lepak situ lagi minum-minum, pas tu rasa nak jalan, jalan balik. We took turn jaga kerusi & meja tempat lepak tu. Sila buat cam umah sendiri je.

.
Che Man beli benda alah yang tutup kepala & belit-belit kat leher
ni kat situ for RM15. Siap ada gloves untuk Aiman sekali.
Saja je kami nak feeling-feeling London.

.

Kita orang buat cafe ni cam rumah sendiri.
Buat tempat makan minum, bagi anak susu, lepas lelah,
letak barang & tempat menunggu.


Left G.enting at 5.30pm after makan at B.urger K.ing.

MIL : “Berapa harga burger ni?”
Aku : “Tujuh belas hengget mak”
MIL : *Mata terbuntang*


Bye bye. Nak balik dah ni.


Sampai Klang, lepas kemas kain baju, mandi dan sebagainya, packed barang untuk balik Nilai pulak. Spent the weekend there.

Saturday night, semua orang (paling-paling aku ler tu), malas masak. Decided to eat out. My father suggested to try a restaurant where his nephew sells ayam bakar and kerang rebus. Owner of this restaurant bela unta & rusa (or is it kijang?) kat situ juga. Besar gak kedai ni. Siap ada pentas karaoke lagi. Pentas tu rasanya lebih besar daripada pentas sekolah aku dulu. Makanan pun not bad. Harga sangat la murah. Ayam bakar sangat perisa & juicy *promote untuk sedara sendiri sebab dah janji ngan dia*



Restaurant ni terletak di jalan lama Nilai-Labu-Seremban.

Nampak signboard ni kat sebelah kanan dari Nilai.

Ayam bakar yang marbeles.


Bila sehari semalam berjalan-jalan carik makan, lepak 2 hari kat kota keriangan, sambung pulak balik kampung hujung minggu dan hari-hari diantaranya mendung saja (good excuse ni) , ini lah hasilnya!



Aku : Camna nak buat ni bang?

Che Man : Pilih-pilih mana patut, hantar dobi je.
.

Saya sukerrr idea bernas sebegini!

07 January 2009

Panas Badan, Sawan Angin (dan Mahkluk Halus?)

Sejak Aiman mula merangkak lagi, MIL & SIL asyik suruh kami bawak Aiman pergi berurut. Budak kecik kena urut katanya sebab badan dia dalam stage macam tu akan sakit-sakit. Sebab tu meragam.

We never did bring him for massage.

Until recently MIL & SIL mentioned that my son selalu terkejut dari tidur. Tak bagus untuk urat saraf. Kami patut bawa dia urut. Lagi pun berurut tu memang baik untuk budak-budak. Ibu tak berpengalaman macam aku ni, setuju saja.

Kami pun berjumpa dengan bidan kampung yang dikatakan pakar mengurut perempuan & kanak-kanak.

Mula-mula pegang Aiman, bidan tu commented that badan Aiman panas dari biasa tapi tak sampai tahap demam. Pada aku itu memang biasa. Badan dia memang selalu panas. Ramai orang komen macam tu tapi takle panas macam demam. Lagi pun dia sangat aktif dan kuat berpeluh. Mungkin sebab tu badan dia selalu terasa panas? Teori sendiri ni.

Bidan tu tak setuju. Itu tanda yang tak bagus katanya. Lalu dia lumurkan badan Aiman dengan sejenis air (ada sejenis tumbuhan dalam mangkuk tu, tak tau apa dia). Air tu cam melekit sikit. Tapi aku kecewa sikit sebab dia tak urut pun. Sapu-sapu badan dengan air je.

Pas tu dia belek-belek muka Aiman and said “Muka dia ni, mahklus halus suka. Ada yang mengikut dan kacau-kacau sikit”.

Pulak dahhhh! Honestly, aku tak percaya tapi aku angguk-anguk je la.

Result?
Bidan tu bagi air tu untuk aku guna bila-bila badan Aiman panas. Tapi aku tak guna & dan dah buang pun (sebab dah lama sangat). Badan dia dah tak panas macam dulu lagi. Itu result positif yang ketara setakat ni. But for some reasons, kita orang tak pergi lagi sana, walaupun bidan tu ada pesan supaya datang lagi.

Last week of December we went to Sekinchan, Selangor. MIL visited her besan there and we had lunch at Selera Rimba, Sg. Lembing. Mak aiii… jauh ke dalam, sampai aku ingat kami akan masuk hutan. Masakan jenis Banja & Jawa.

Aku tunjuk gambar sikit la. Baru real.










Banner (takleh makan ni), Daging Landak & Daging Kijang











Daging Ayam Hutan, Ikan Baung & Ikan Puyu


After that, MIL went for massage. Rupa-rupa nya my Che Man sudah pakat sama kakak dia for Aiman to be massaged too.

Before she massages Aiman, she showed me 2 benjolan belakang telinga Aiman. According to her, Aiman ada sawan angin. Then she checked his body & face and you know what she said?
.
“Ada mahkluk halus yang cuba dekat dengan dia! Tu la tidur dia terganggu”

Okey…. Dua orang tukang urut cakap benda yang sama! Camna ni? Adakah mereka telah berpakat; smsed or e-mailed each other the night before? Mungkin kah?

She gave me multiple choices:
a) Buang angin Aiman
b) Jauhkan Mahkluk halus
c) Kedua-duanya di atas.

Aku pilih (C). Obviously.

All the time when his nenek being massaged, Aiman was there observing. Bila tiba giliran dia, bukan main ready lagi. He enjoyed it very much. Sekejap terlentang, sekejap meniarap, sekejap duduk walaupun ada masa nya muka berkerut-kerut tahan sakit. He also showed the makcik some part of his body (according to the makcik, he knows which part of his body yang tak berapa sedap). When she massaged his stomach, aku dengar bunyi :

Trupppppp……. Trupppppp……

Bunyi angin dalam perut dia, kata makcik tu la.



Anak ibu telah memberikan kerjasama yang baik. Bagus!

Next Aiman dimandikan dengan dua jenis air. Satu jenis yang agak melekit sikit, dan satu lagi baunya macam air limau. Mandi ni untuk menghalau mahkluk halus.

We paid RM150. I am not sure whether there was a miscommunication between SIL, Che Man & the makcik, but I think, it is too expensive (berkira kan aku ni?) coz yang aku tahu berurut dengan dia cuma RM15 to RM30 sahaja. So, mandi manda RM120? Ntahla. Apa pun, jangan risau ya mak cik, coz saya halal kan.

Anyway, the makcik suruh kita orang ulang lagi at least lagi 2 kali.

Result?
Susah aku nak cakap. Dalam beberapa hari lepas urut tu, Aiman berak cair jer. Tak pasti ini ada kena mengena dengan process buang angin tu atau tidak. Tapi sesekali dia kembung juga lagi. Dia masih lagi sekali sekala terkejut-kejut dalam tidur. Sesekali teringat, he’ll ask me to massage his back.

Pasal mahkluk halus yang nak geng ngan anak aku tu, pun aku tak pasti camna. Confuse la nak percaya ke tidak. Aku cuma nak anak aku sihat, normal & happy. Yang lain-lain aku serahkan kebenarannya pada Dia. Cuma Dia yang maha mengetahui akan segala sesuatu.

Wallahhuallam.

02 December 2008

Dating


*Sila nyanyi macam lagu madu tiga P.Ramlee*


Oh!

Senangnya dalam hati

Esok dah ambik cuti

Nak Pergi

Tengok wayang

Dua citer sekali!


Bu nak gi ner haaa? Aiman nak itot!

14 October 2008

Che Man Komplen Lagu Raya dah Tak Banyak Main

Entry kali ni panjang, dengan gambar-gambar yang tak berapa clear
serta cerita yang sudah basi!
.
SEBELUM RAYA
Kami balik Nilai petang sebelum raya tu. Dah banyak yang mak, abah & adik-adik aku buat. Rasa nak nangis okey tengok mak aku yang suffering from arthritis tu terbongkok-bongkok siapkan 2 kuali besar rendang dan 1 periuk besar sup tulang. Nasib baik ada adik-adik aku tolong. Aku kemas-kemas umah pas tu gi kedai rembat apa-apa yang belum cukup lagi.

Malam raya mak aku kata dia dah request orang takyah takbir kat umah. Tak larat katanya. Walaupun kurang meriah tapi aku okey je. Memang tak menang tangan la kalau ada takbir kat rumah malam tu. Busy tak busy, kol 3 pagi jugak la aku tido malam tu. Che Man lak sempat (buat pertama kali aku rasa) ikut orang gi takbir kat kampung aku ni sampai satu pagi. Itu pun dah dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Kalau dulu-dulu mau kul 5 pagi baru settle. Bayangkan kepenatan orang-orang yang berjalan seluruh kampung tu dan bayangkan lah betapa lamanya tuan rumah yang terakhir tu kena berjaga!

HARI RAYA PERTAMA
Pagi raya lepas Che Man dan para lelaki sekalian gi Surau untuk sembahyang raya, aku pun kat dapur siap kan breakfast dan apa-apa patut. Aku dah agak, raya tahun ni aku dah tak boleh nak bersantai-santai ikut suka aku. Semuanya kena coordinate ngan Aiman punya timing. So pagi tu aku breakfast dengan pakai baju tido sorang-sorang, cepat-cepat. Pas tu tuan muda Aiman pun jaga dari tidur. Siapkan dia dulu. Bukan main exited dia pakai baju raya. Cuma kopiah jer yang dia lansung tak mau pakai. Baru je aku nak capai towel gi mandi aku dengar keta laki masuk garaj. Aiyakkkk! Kelam kabut aku mandi dan siap.



Masa they all breakfast, cam biasalah aku kena jaga anak.


Pas makan bersalam-salaman, pas-pas duit raya and ambik gambar. Acara pagi raya yang biasa. Dah beberapa kali aku ingat nak remove the coffee table, but keep forgetting. Spoil lagi gambar raya tahun ni cam tahun lepas gak.

My family members minus my brother & my new BIL


Lepas acara kat rumah, cepat-cepat kami kunci pintu rumah, gi rumah uwan yang tak berapa jauh dari rumah kami. Kalau lambat nanti, rumah kami kena serbu, alamat tak boleh keluar lah. Masa ni pakcik makcik & sepupu sepapat aku dah sampai. Lepas tu dia orang datang umah aku pulak, pas tu kita orang gerak dari rumah ke rumah sekeliling (semuanya sedara mara), rehat tengah hari, sambung petang, rehat mahgrib, sambung lagi sampai tengah malam.

Gambar kat Rumah Uwan
(Tapi gambar Uwan takde plak!)

Ramai rupanya adik-beradik perempuan aku.


Me, my sisters with some of my cousins (my mom's side)

HARI RAYA KE-2

Second day banyak lepak kat umah sambut tetamu and at night merayau lagi.

HARI RAYA KE-3
Kami dalam 4 buah kereta bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Aku singgah Shah Alam ambik FIL & MIL.

Dalam keta Che Man sound:
“Awak belum minta maaf kat saya lagi kan?”.

Ya Allah! Camna boleh lupa lak ni? Ingat nak do in private hari raya pertama tu. Dok kecoh itu dan ini, sampai terlupa lak. So macam tahun lepas, kami bermaaf-maafan dalam kereta. Kalau tahun lepas masa on the way to Melaka, tahun ni masa on the way to Shah Alam.

"Maap zahir batin bangggg....."

Kami tumpang barang-barang yang tak perlu kat rumah MIL. Tu la masalahnya, bawa barang macam nak balik setahun. Pas tu sumbat barang-barang yang perlu kat dalam keta dan bergerak ke utara. Stop berkelah kat R&R Sungai Perak for lunch with everyone else and direct to Sungai Petani.

At Sungai Petani, singgah kampung my BIL. My sister and her family dah sampai sehari sebelum tu. Minum petang & makan malam. Masa ni Aiman lasak tak ingat. Mentang-mentang la ramai budak-budak kat situ. Aku risau yang dia masuk parit ke, sawah ke. Penat betul aku dibuatnya. Terkejar sana terkejar sini, berpeluh-peluh. By the way, I had the chance to see an area which once hit by Tsunami not far from my BIL punya kampung. According to my BIL, the wave stopped just behind his parents house when Tsunami hit Kota Kuala Muda.

Malam went to abang-ipar-aku-punya-kakak-punya-rumah - somewhere in Sungai Petani town. Meriah sungguh kat sana. Tuan rumah sungguh baik & thoughtful. Macam-macam yang tersedia untuk kita orang. Walau dah makan banyak petang tadi, habis semua food yang terhidang kita orang sapu. "Orang Kondok camtu la perangainya!" -------> ayat mak aku!

Tapi takde gambar. Lupa nak snap.

Aku, Che Man, Aiman , FIL & MIL tinggalkan yang lain-lain malam tu (they all tido situ) dan bertolak pulak ke Alor Setar. Che Man yang dah kepenatan drive sorang-sorang sejak pagi tadi sambil yang lain-lain tido, tersalah jalan and we were half & hour late. Sampai kat umah Mak Long dia (my FIL’s elder sister) sudah 11pm. Penat tak usah cakap, tapi sempat they all makan nasi minyak lagi tu. Aku surrender.

Ini kali kedua aku datang rumah Che Man punya Mak Long. There are three of them in the house. Semua dah tua dan tak berapa sihat. Cuma there is one 59-year old lady we called Cik Chah yang cergas sikit. Hidup pulak serderhana je. Rumah tua tu sudah bertambah uzur sampaikan kami tak dibenarkan naik bahagian atas rumah sebab dinding yang berlubang sana sini. But their hospitality is superb! They tried their best to make us as comfortable as they could and made efforts to prepare delicious food. Aku rasa bersalah pulak menumpang rumah dia orang, tapi kalau datang tak tido sana, nanti dia orang terasa lak. So, redha je lah.

RAYA KE -4
At noon kami bertolak ke Jitra. This was the main reason kami beramai-ramai ke utara tahun ni - my younger sister wedding reception sebelah lelaki. Termasuk my BIL’s sisters & family, there were 8 cars altogether. Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar and we love the food. Kecoh bila balik citer pasal kari (agaknya la) daging dengan umbut pisang. "Jakun betul orang Kondok! "------> my mom punya ayat jugak!



Dah babai kat adik aku yang kini milik orang, kami beramai-ramai ke Bukit Kayu Hitam. Ni la first time aku sampai sini. Well, takde apa yang menarik sangat pasal tempat ni. Kecik je area dia. Tak macam Nilai 3. Takde murah sangat barang nya pun. Tapi sempat gak aku terbeli barang. Alang-lang dah sampai kan.

Tengah aku dok mengejar Aiman ke-hulu ke-hilir (aktiviti wajib di setiap destinasi), ada suara menjerit “Nomiiiii!!!!.....”. Bila aku angkat muka…. Rupa-rupanya kawan aku from KL. Gile! Kat KL tak jumpa, kat situ boleh pulak terjumpa.

Then said goodbye to others yang akan bertolak balik ke Nilai, kami bertolak balik ke Alor Star. Sempat singgah Jitra semula makan Char Koey Teow – Cik Chah sibuk nak belanja. Dah puas aku pujuk tak yah mengada belanja tapi dia insisted. Again I was touched.

Pasal kedai makan tu: Mula-mula heran gak aku camna kedai ni (more like gerai with many tables & chairs) boleh survive, jual satu jenis makanan je, tapi memang sedap. Tu la ramai orang datang makan tu. Tapi nama gerai lupa lak! Yang aku ingat dekat dengan pasaraya YAWATA. Pepandai la korang carik sendiri.

HARI RAYA KE-5
At around 10.00am, after breakfast kami bertolak balik ke Shah Alam. Jalan tak jem teruk tapi perlahan. Aku dapat tau my sisters who left Bukit Kayu Hitam at 6pm yesterday only arrived Nilai at 4.00am that morning. We did not stop for lunch but singgah Kampar. Beraya at my MIL's friend house. Ni satu lagi tuan rumah yang bersusah payah masak lauk pauk yang enak-enak untuk kami at 3.00pm. Dah makan, Che Man sempat lelap, aku cam biasa kena kejar Aiman ke sana ke mari. Dia sibuk nak main lecak, nak naik motor, nak tangkap kucing dan sebagainya. Pas tu at 6.30pm, sambung journey to Shah Alam. Aiman slept the whole time from Kampar to Shah Alam.

I thought I could drive so Che Man boleh rehat, only later I realized lesen aku dah mati malam raya. Aku tiap-tiap tahun aku lupa renew lesen.

Akhirnya kami sampai Shah Alam tepat kul 10.30malam. Syukur sangat-sangat.

Lepak lebih kurang kat MIL pas tu angkut barang-barang balik to our own house.

HOME SWEET HOME!

Nothing beats that! Apalagi sebab besok tu cooooootiiiiiii....!

SEKIAN!

18 June 2008

In the Mood of Entertaining

Aku rimas tengok Aiman punya rambut dah panjang. I was thinking, kalau budak perempuan, boleh la aku sepit kan. Nak hantar kedai, risau dia tak boleh duduk diam. Si ayah pulak berura-ura nak botak kan terus. So untuk mengelakan dia dibotakkan, aku belasah je potong rambut dia last weekend. Surprisingly takde pula dia melasak-lasak. Agaknya takut jatuh sebab aku duduk kan dia atas kerusi tinggi.

"Huarrggggg...... lambatnya gunting rambut. Dah ngantuk ni..."


"Confirmed hensem ke ni, Ayah?"
**************************************************************************

Instead of taking Aiman jalan-jalan kat shopping mall macam selalu, kami ke Tasik Shah Alam dengan berbekalkan tikar, air sejuk, hot coffee and homemade donuts.

Dah lama betul tak ke situ. Tak sangka ramai betul manusia sampai nak paking pun susah.

Sementara aku layan berketul-ketul donuts, Che Man brought Aiman to see bangau, ikan & kura-kura. After Che Man & Aiman kenyang, we put our picnic items back into the car and brought Aiman to children play area.


"Emmmm.... cam ni rupanya Taman Tasik ye?"

"Ishk... Ishk... keras giler donut ni"

"Ibu.. ibu.. ada jaws kat sana!"

"Jaga-jaga Ayah. Orang nak gelongsor dah ni"

I know Aiman had a good time. So did his paresnts.

16 June 2008

A Visit I Promised Him

Few weeks ago I went to Zoo Negara.

Can’t really remember when my previous visit was. The only time that I could remember when I was 12 years old! That is nearly 20 years ago? OMG! I remember it quite well coz I have seen few pictures of me in the Zoo (unfortunately, I don’t have them with me. Kalau tak bleh upload for more nostalgic effect here. Hehehehe). I remember that my mom was the one who arranged for the rombongan and ahli-ahli rombongan tu, are my orang kampung and mostly my own sedara-mara. Ye la, masa tu we all takde kereta. Nak pergi KL macam jauh dah susah, unless it is rombongan sort of things.

So, when Che Man told me about the plan to Zoo Negara I was quite excited about it. We went together with my mother in law, my sister in law and her family.

We arrived at 10.30am and the animal show will start at 11.00am. Good timing. We took our seats under the glaring sun and watched the animal show. I can say it is quite informative and entertaining. Since we sat quite far from the stage, I guessed Aiman could not really see the small animals like birds performing. Whenever we told him to see those birds, he kept looking up expecting to see birds flying around. Only after the very big anjing laut performing he gave his attention.

If you guys want to pay a visit to Zoo Negara, please get the zoo map at the information counter, near the entrance. It is very helpful. Take the opportunity to watch the animal show at around 11am & 2.30 pm daily. You can use the ‘train’ (tram?) provided to go to one place to another. However, it will be difficult if you carry stroller. Be sure you are have strong legs and comfortable shoes / sandals. There are stall selling drinks and light food nearby the entrance and exit. However be sure to bring your bottled drinks too. You can have your lunch inside the zoo at the one area called ‘wakaf’ - at the end of the route. There are some restaurants but quite expensive. Dua orang makan ok la. Tapi kalau dah bawa beberapa orang anak, bawa la bekal untuk alas perut. Mak sure you don’t bring too much. Susah la nak bawa ke hulu ke hilir dalam zoo tu nanti. Bawa bag pack filled with some finger foods and bottled drinks, ok dah.

In overall, it was a good visit, especially for children. The zoo is clean and well maintained. Pokok-pokok pun banyak, so boleh la berlindung sket daripada matahari. The signage and information is informative and helpful. Only I feel that some areas are quite dangerous for children. Langkah sikit je boleh masuk kan tangan dalam kandang harimau, panjat sikit je boleh jatuh kolam buaya, tergelincir sikit jer baleh masuk kolam bangau atau jatuh kandang rusa and few other things I refuse to imagine. Or maybe it just ME?

Anyway, here are some pictures untuk cuci mata and for my son to remember.



With my MIL and Aiman's Cousins
(I had to wake Aiman up. Ada ke patut tido nyenyak?)



Watching Animals buat Show

With Ayah at Kandang Rusa

With Ibu Posing Depan Gajah

Si kechik ni eksyen. Nak jalan je... tak mau stroller

Tiga Perempuan Yang Hampir Kehabisan Tenaga

Your Personality is Very Rare (ESTP)

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.