16 October 2010

12 Weeks

Besides me, my sister in-law and my 2 cousins are pregnant about the same time. One is expected to deliver in February, another in March and another two (including me) in April 2011. Yang paling lewat mungkin aku lah. Tapi perut aku yang paling kedepan sekali. To the other 3, this is their first experience. So, they all jealous lah kan tengok perut mak yang buncit ni – sebab dah boleh pakai maternity blouse.

Ramai pulak yang terkejut bila aku kata aku cuma mengadung 2 bulan (masa raya hari tu). Ramai kata dah macam 4 bulan. Ada yang kata sebab this is second pregnancy, tu lah pasal nampak lebih besar. My cousin teased me about me being pregnant with twins. When my mother menyampuk and said it’s possible coz my grandfather was twins too – well melopong je dengar. Ni lah kali pertama dalam hidup kita orang selama 29 ke 33 tahun, kita orang dengar pasal datuk kita orang kembar! Apparently he had twin sister.

Ada pulak yang cakap kemungkinan aku diabetic, sebab tu perut besar. Macam-macam lah.

Sebab tu aku dok tertunggu-tunggu untuk sesi scan yang pertama minggu lepas. Aku just wanna to know whether or not this is normal. Tapi doctor pulak on emergency call. Tinggal doctor lelaki je. Dah la polici klinik ni, check-check maternity ni dia tak buat, terpaksa tunda. Few days after that, still takleh pergi sebab Che Man asyik tak sempat ambik aku from work. Tension aku menunggu hari scan.

We finally managed to do it on 4th October.

Alhamdullillah. I saw my baby dancing and kicking. For a 12 weeks plus baby (during the last check-up), apparently this one is a bit bigger like 13 weeks 6 days baby. But the doctor wants us to remain with the earlier expected due date which is 10th April 2011.

She cautioned me about my history of breech baby. Breech baby could be due to few factors. Common factors are i) Tulang pelvic sempit & ii) There was a problem during the first pregnancy which was not detected ie: I was diabetic. If the problem due to (i) then, most probably I will have to go through C-section again – which I don’t mind lah. But the thought about (ii) really scary. I googled to find out more on these issues. Some findings sungguh menakutkan. Check this website my dear friends.
.
Anyway, I am here already. I’m planning to really take care and enjoy this journey and do things in better ways as compared to my previous experience. Ye lah, masa tu 1st time. Excited je lebih, ilmu nya kurang.

Hoping for smooth pregnancy & delivery. May Allah be with me. Amin.
.

Salam little one.

Ibu loves you already!

05 October 2010

Walau dah Basi, Mesti Kena Cerita

Raya this year kat Nilai, Negeri Sembilan.

Lansung tak dapat ambik gambar Aiman dengan songkok.

Masa beli tu beria. Pakainya 2 saat je.


Bukan main janji ngan mak nak balik kampung pepagi lepas sahur, sehari sebelum raya. Tapi nan-ado. Dah tengahari baru nampak muka. Malam tu sampai rumah lambat sangat. Sampai kul 2 pagi aku cuba habiskan packing (al-maklum packing macam 5 sekeluarga nak balik selama sebulan!). Jalan lansung tak jam. Tepat 1 jam, kami pun sampai. Dah tengahari. Rendang daging mak (yang sangat lazat) dan ketupat nasi dah pun masak. Rendang ayam pulak atas dapur. Tetiba mual aku hilang. Potong ketupat, cedok rendang, tarussss…….. hehehehe. Dah tak puasa, aku makan le tengahari. Jap pas tu adik-adik yang tak habis-habis shopping pun sampai umah.

Sejak dulu malam raya meriah juga dengan takbir dari rumah ke rumah. Orang kampung aku panggil acara ini ‘tokobir’. Tapi malam tu duk senyap je semua orang. Bila aku tanya mak cakap:

“Mak maleh do. Ponek. Kot korang adik beradik nak buek, buek lah”
Eh, takde makna lah kan kami nak buat kalau mak join. So malam tu dok godek-godek bunga, siap barang-barang untuk masak pagi esok, isi-isi kuih raya, kemas sikit-sikit dah le.

Raya ke-1
Kami yang perempuan-perempuan ni biasanya tak pergi sembahyang raya. Orang lelaki je pergi. Kita orang duk dapur siap apa patut. By the time they all balik memasing dah lawa and ready for breakfast. But my father and his grandson has gone to ziarah kubur. This was when my elder sister sort of ‘complained’ that abah did not ‘invite’ us to go with him. My brother in-law terus sound “Dah lebih sepuluh tahun, baru kali ni cakap pasal nak gi kubur?” Haaa…. Kan dah termalu sendiri.

The truth is, since so many years (more than 10 years, I think) menziarahi kubur di pagi raya was never in the agenda. Tak tau kenapa. Cuma abah akan pergi dengan cucu lelaki dia je tiap kali. Ada juga dulu-dulu dia ajak, tapi we all semua tak mau ikut. Naper tah. We all tunggu kat umah dengan tak sabar-sabar sebab nak breakfast together. So this year, lepas breakfast, sesi mohon maaf dah ambik gambar, Abah was surprised when we said he has to go again coz kita orang tak tau kubur sapa kat mana. Sadis tak?

Ada dua kawasan perkuburan. Abah jadi tour guide. Showed us kubur siapa kat mana, bila meninggal dan sebagainya. Apa relationship dia orang dengan kami serta beberapa orang lain yang dah meninggal dan yang masih ada lagi. Baru aku clear sikit pasal relationship yang bercabang-cabang tu. Lagi pun most of hem, kami tak sempat jumpa pun.
.

Sebab aku jakun sangat, aku sempat ambik gambar lagi. Ecehhh.


Balik dari kubur kami simpan balik *ehem* tudung *ehem* pas tu cepat-cepat kunci umah dah berjalan kaki ke rumah uwan. Ni yang best raya kat Nilai. Rumah sedara mara keliling umah je. Kami pakat jalan kaki je reramai dari satu rumah ke satu rumah. Everybody seems to be around this time of raya. Macam pakat-pakat je giliran beraya. Begitu lah dari pagi ke petang sampai ke malam. Tapi bila-bila nak balik rumah, lari je balik – rasa nak ambik barang ke, rasa nak tukar selipar ke, nak sembahyang ke, ada orang nak datang ke, nak ter berak ke, sebab bukan jauh sangat pun.


Raya ke-2
Pagi lepak kat rumah layan tetamu. Petang dan malam beraya rumah yang jauh-jauh sikit. Berkonvoi ngan sedara mara yang lain.

Raya ke-3
My FIL, MIL & BIL came. This time raya they all kena tinggal dek anak & menantu yang lain coz bukan giliran kami di sana. So they went around and visited their anak menantu & besan instead. Bagus plan camni kan?

Raya ke-4
Che Man and I went to visit saudara mara sebelah MIL in Shah Alam and KL. Keluar dari tengahari sampai malam. Aku ni usung camera ke hulu ke hilir, tapi terlupa lansung nak ambik gambar. By this time ipar-ipar aku semua berkumpul semula so ni consider beraya dengan they all lah ni. Tapi pas tu balik Nilai semula.

Raya ke-5
Pergi Melaka pulak. My MIL’s kampung. Beraya pulak dengan sedara mara kat sana. Siap makan ikan bakar kat Umbai lagi. They all decided to stay in Melaka but Che Man and I balik Nilai again.

Raya ke-6
Cadanganya dalam tengahari nak balik Klang. Nak kemas kemas barang-barang ngan kemas umah sekali, tapi dah petang baru sampai. Sampai je dah dekat Mahgrib, jiran sebelah dok tarik-tarik tangan suh singgah umah dia. Kita orang mintak datang lepas mahgrib coz Aiman sedang tido. So, malam tu dapat le kami jenguk rumah jiran sebelah. Raya yang pertama kat kawasan tu.

Raya ke-7
Miscommunication dengan Che Man pasal cuti raya, ntah camna aku boleh ter-start kerja pulak.

After that
We went to few open houses so far. Banyak invitations yang tak dapat nak dipenuhi coz on weekend Che Man busy with work and we had to attend some family events.

We are not going to host open house this year. Mak buyung tak larat nak masak untuk ramai-ramai orang. Tapi kalau ada saki baki open house rumah-rumah korang sila le jemput kami, sebab Che Man dah habis busy dah starting this weekend.

*sambil buat muka tak malu add ikon kelip-kelip mata budget kiut*


Cubaan Aiman untuk mengambil gambar sendiri.

Letak camera atas sofa, tekan shutter, cepat-cepat lari depan camera!

(Tak kuasa aku nak ajar dia guna timer. Cara camni lebih seronok untuk ditonton)

Your Personality is Very Rare (ESTP)

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.