My Normal Self...
... Cito Pompuan Kampung Kondok
17 June 2011
Hati Remuk
16 June 2011
Mood
Takut lain yang nak dicerita,
Takut lain pulak yang tertera.
Lagi pun, apa yang patut dicerita,
Ber-arus sonsang dengan mood pencerita.
Al maklumlah, yang nak dicerita, cerita basi,
Tapi mood yang ada, tak kasi.
Tu lah...
Lain kali tak boleh delay delay posting kat blog ni,
Sekarang mood semua dah lari.
Korang datanglah lain kali,
Terima kasih daun keladi.
21 May 2011
17 February 2011
Belajar
08 February 2011
Choices
So, please choose wisely
01 February 2011
Pindah Rumah (Cerita Tahun Lepas)
Memula dalam entry ni aku ingat nak cerita serba sedikit pasal things that happened in year 2010. Simply because I think it is important for me to have some records somewhere. But there are some problems.
1) I can’t remember ALL the things that happened.
2) When I start to type a story, ia jadi terlalu panjang. Dasar longwinded. Pastu tu rasa cam tak lengkap kalau tak taruk gambar sekali. Tapi kalau taruk, lagi lah panjangggggg !
3) Terus aku jadi cam tak larat nak type any entry pun.
Sooooo….. I have decided just to select few things that happened in my life in year 2010 and write about it se-longwinded yang aku mahu, dalam entry yang berasingan. Meaning, instead of one entry I will have to have few. Let just hope the momentum tak lari after an entry.
(Sekarang, cuba kira, berapaa banyak perkataan ENTRY yang dah aku type?)
Kita mulakan dengan cerita PINDAH RUMAH
Rumah yang sepatutnya siap November 2009, cuma di beri kunci middle February 2010. Itu pun bila ramai buyer dah kecoh-kecoh kacau developer. Aku pun ikut join online community forum untuk carik geng kasik pressure kat developer. Bila dah dapat kunci, aku hantar surat demand for late delivery penalty. Walau they all cuba mengelak bayar dengan alasan-alasan yang tak berapa nak masuk akal sampai berbulan, aku tak kira. Demand jugak. Akhirnya setelah 6 bulan dapat gak around RM2000. Boleh lah kan daripada tak dapat apa-apa.
Berbalik pada cerita pindah rumah, lepas dapat kunci terus saja we looked for contractor to do some basic works for the house. Sambil-sambil developer rectify defects, we did the ceiling, grille, demolished the original counter top in kitchen, re-positioned pipes in the kitchen, install kitchen cabinet and curtain. No major renovation. Duit tak cukup. Ada aku cerita kat sini.
Acara membasuh rumah
Che Man’s and my family members came to help us. Nasib baik lah they all ni ada. Kalau tak, payah le kami hari tu. On the same day, MIL & SIL cooked and brought lunch after upacara doa selamat. Alhamdullillah. Tak payah aku masak.
Acara angkat barang masuk lori pun bermula....
Kena tunjuk lah barang yang bersepah-sepah. Baru real macam pindah rumah.
My sister made this. So yummy!
The next day, Che Man and I went back to the rented house to clean the house. Walaupun our landlord said tak perlulah basuh rumah, potong rumput bagai, tapi kami rasa tak syok tinggal kan begitu je. Dulu pun rumah kami juga. Ada sedikit sentimental di situ.
Membasuh rumah sewa dengan emosi & gaya sentimental
I enjoyed the unpacking and re arranging things at the new place for few days. Kebetulan sedang menghabiskan balance of last year annual leaves.
I thought things finally settled. But, one night after work, I realized the store room wall and floor were wet. There were rusty water marks on the wall. So we called the maintenance guy to check and they informed us about cracked roof and replaced them. After few days, we came back home and found the same thing happened again. Another maintenance guy came, checked and applied some kind of glue thingy on the roof. After few more days, the room flooded and this time was very bad and we kept calling the supervisor to follow-up on the matter. Finally after few complaints in the online community forum, few checks and repair jobs, the matter finally solved. Boleh solved pulak yek?
Water mark on the wall, from ceiling in our store room
Don’t have to worry about the house anymore, we thought. WRONG!
Aiman started behaving weirdly in the house. He said something about ‘takut’, ‘ hantu’, ‘ apa tu ibu?’, TV that switch on by itself, etc. It was really an experience for us. I wrote about it here and here.
Ini ceiling dalam master bedroom. Aiman claimed there was 'something' there.
"Aiman tatut......"
Aiman yang kejap-kejap tutup mata dengan tangan
Living and dining area (before we put up some paintings onto the wall)
Same old furniture.
View from dining area, towards kitchen
Doors leading to 2nd, 3rd bedrooms and to dry area.
Kitchen
Aiman's bedroom is yet to be completed. Will be 2011 project.
23 November 2010
Maafkan lah Ibu
Awal malam tu, keluar opis je dah dekat pukul 9.00malam. Terhegeh-hegeh cuba siapkan kerja yang patutnya aku dah siapkan lama dulu. Tak boleh siap jugak. Akhirnya, packed laptop & notes angkut bawak balik. Lepas dinner, baru lah ke rumah MIL untuk ambil Aiman. Macam biasalah, tak pernahnya sampai, ambil Aiman, terus balik. Mesti duduk duduk dulu borak sikit-sikit dengan MIL sambil belek-belek surat khabar.
Sampai rumah dah pukul dekat 11 malam. Resam ibu berkerja, letak beg terus saja buat kerja-kerja rumah pulak. Angkat kain dari ampaian, masukkan kain kotor dalam washing machine, sedia kan air panas untuk susu aiman, sediakan baju untuk kerja esok, kemas-kemas sinki, etc. Tengah aku kehulu kehilir dalam rumah tu, Aiman stopped me. Kat tangan dia ada daun terup. Daun terup ni aku simpan untuk aku main ‘speed’ dengan Che Man masa kita orang dok boring berdua masa belum ada Aiman dulu. Tah tang mana pulak si Aiman boleh jumpa.
Aiman : Ibu, camna ni bu? Jom main ni Bu. (sambil hulur daun terup)
Aku : Alah… ibu banyak kerja lah. Main sana….
Aiman : Ayah…. Jom tenok tartun (tengok kartun) ayah.
Che Man : Alah….. nantilah!
Terus saja aku ke bilik air untuk mandi pulak. Aku tengok Che Man dah nak tertidur kat sofa dengan seluar kerja dia.
Lepas mandi aku bukak laptop pulak. Panik sikit sebab kerja opis tak siap lagi, mata mengatuk, jam dah nak pukul 12 malam. Aiman sedang mengadap PC sambil tengok DVD Happy Feet. Muka bosan.
Terasa tenguk aku sakit. Rupa-rupanya kau tertidur depan laptop. Aiman pulak sedang menyusun daun terup atas lantai. PC dah tutup. Che Man masih belum bangun.
Aku sambung buat kerja. Half and hour after that, baru Che Man bangun mandi, tukarkan baju Aiman, buat susu dia dan bawa dia masuk tidur. After another half and hour, I went around the house checked pintu, tutup lampu. Ternampak aku daun terup yang Aiman susun atas lantai. Serta merta aku rasa sebak.
Aiman dah semakin berdikari sekarang. Semuanya sebab aku ngan Che man sangat kurang melayan dia on weekdays. Keluar kerja awal pagi, si Aiman belum bangun. Balik lepas 9 malam. Pas tu busy melayan kerja kerja rumah, kerja opis, TV atau melayan penat badan. Kalau Aiman tido awal kekadang terus tak jumpa sampai esok malam nya pulak! Sudahnya si Aiman pun dah pandai buat hal sendiri. Entah sejak bila dia pandai switch on PC and DVD sendiri, pas tu tutup balik tah. Aku pun tak terperasan sampai lah malam tadi.
Bila dia becakap, bertanya soalan, kami cuma menjawab, dengan "emmmm”…., “aaaa.....” , “ye la… ye la…”, dan kadang kadang “diam lah!” .
Aku takleh nak kata ni semua jadi sebab aku bekerja. Ramai para ibu yang lain berkerja juga tapi interaksi dengan anak-anak sangat bagus. Ini cuma aku yang mengambil mudah serta mengikut rasa malas.
Apa nak jadi dengan aku ni.
Aiman sayang….. maafkan lah ibu.
