29 January 2009

Cik Ti..... Angkara Engkau kah?

Satu malam tu aku balik dari kerja, aku capai roti dari atas meja. Ambik sekeping dan ngap… terus gigit. Pas tu baru aku perasan hujung roti tu terkoyak. Rupa-rupanya setiap keping roti tu semua sama rupa cam tu.

Che Man kata mungkin tikus yang makan. Memula aku tak leh nak terima hakikat yang dalam rumah aku ada Cik Ti ni. Ye lah.. tak pernah nampak tanda-tanda kehadiranya pun sebelum ni. Habis sebuku roti masuk tong sampah. Rugi ooo….

Ada satu malam lagi tu, aku capai coklat yang aku letakkan malam sebelumnya atas meja makan juga. Cuba korang tengok….. tengok…. Apa yang telah berlaku!

Cilakak Cik Ti. Coklat aku pun dia sebat.

Ada satu hari lagi tu, aku letakkan sesisir pisang yang aku bawa balik dari kampung atas cabinet dapur. Konon-konon nak tunggu pisang tu masak. Ngam-ngam la hujung minggu tu boleh buat cekodok. For few days, nothing happened. So aku ingat selamat la letak kat situ. Dan dan hujung minggu tu aku perasan sebijik pisang tu tinggal kulit je. Isi habis!

Ok….. from there on.. takde lagi aku nak letak food kat luar almari dah. Semua mesti bertutup dalam balang / bekas atau masuk fridge / lemari saja.

Ada satu hal lagi. Pintu setor aku, walaupun aku dah rapatkan malam-malam, still pagi tu terbuka jugak. Aku tuduh Che Man, Che Man tuduh aku - tak tutup properly. Tu je la kerja nya.

Lepas cuti tahun baru cina, sampai rumah dari kampung aku terasa-rasa macam sesuatu dah berlaku dalam stor tu. Aku buka perlahan-lahan and saw this.

Rileks, ni bukan bulu ayam dari ayam (habis bulu saper?, tah la…) Maksud aku, bulu-bulu ni dari feather duster yang aku sangkutkan kat tombol pintu bahagian dalam stor tu. Aku syak Cik Ti jugak punya kerja la ni. Geram takleh kuar sebab aku dah tutup pintu rapat-rapat agaknya. Habis setengah feather duster tu disiat-siatnya. Aku biarkan je yang balance tersangkut kat situ lagi. Geli la nak usik.

Malam tadi, aku punya perasaan semacam jugak waktu bukak pintu stor tu. Kali ni, Cik Ti sambung balik tugas dia yang tak habis tu. Habis semua feather duster punya balen bulu di cariknya. Hampeh. Dah aku kena beli feather duster yang baru kat Giant jap lagi.

Aku ingat tu je la kerosakan setakat malam tadi. Pas tu aku jumpa pintu bilik solat kena gigit. Pintu pun kau belasah Cik Ti? Apa kejadah nko nak masuk bilik ni pulak....... Nak carik sejadah ke?

Aku tak kira. Walau pun belum ada bukti, takde saksi dan tak pernah lagi aku nampak kelibat yang tertuduh, hati aku kuat mengatakan, ini semua kerja Cik Ti tu jugak. Panas agaknya hati dia sebab aku tak simpan food merata sekarang ni.

Aku nak kasi dia lebih panas hati, aku cepat-cepat ambik bekas balang kuih dari dalam stor and simpan kuih rose yang aku baru beli. Tak nak kasi chance kat Cik Ti nak rembat nanti.
.
“Awat kesat semacam je tutup balang ni?”

Ya Rabbi… tutup balang tu pun kena toreh sekali ????

Bedebah Melampau! Ini boleh menimbulkan marah!

Sebelum banyak lagi kerosakan yang dia buat, baik aku pi beli gam tikus atau perangkap tikus berserta feather duster yang baru hari ni. Kot-kot dia tersangkut kat gam tu nanti, boleh la aku tayang feaher duster baru aku kat dia pastu.

Siap la Cik Ti ooiiiii…… tiada maaf bagi mu!

Pst:
Kot-kot bukan Cik Ti yang punya kerja… angkara siapa yek?

09 January 2009

Cuti Tahun Baru

Bukan cerita basi. Cuma agak masam sikit. Sila bertahan.

Malam tahun baru hati sangat sakit dengan perbuatan seseorang yang lupa janji. The excitement to pack for 2 days vacation at Kota Keriangan terus merundum. Mood melayang. Jiwa kacau. Taktala itu sedar yang Syaitan sedang berbisik-bisik, namun diri membiarkan. Lantas terlintas bayangan-bayangan jahat di fikiran. Membayangkan 'indahnya' malam dan 'puasnya' hati jika aku turutkan saja kemahuan syaitan-syaitan yang sedang berdansa disekeliling ku.

*beristihfar*


Mungkin akal masih waras. Mungkin keimanan berbaki di hati. Lantas ku panjatkan doa pada Illahi.

“Ya Allah. Hapuskan lah perasaan amarah yang meracau hati ini. Berikan aku kekuatan menepis taruhan syaitan-syaitan yang sedang kegirangan. Berikan aku daya untuk meneruskan malam dengan tenang. Amin”.

Aku gagahi juga berkemas untuk perjalanan esoknya. Sambil berkali-kali memberitahu hati supaya bertahan – jangan buka mulut. Dalam keadaan sekarang, yang keluar pasti yang sinis. Tak da yang manis. Lebih baik diam.

Sebelum tidur, aku berniat memaafkan diri sendiri. Memaafkan semua orang yang pernah membuat salah pada aku. Lantas aku beri ucapan ringkas pada mahkluk yang asalnya api :

“Dengan nama tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kau wahai syaitan yang dilaknat Allah; tidak beroleh kemenangan malam ini. Adanya kecintaan ku pada si dia (serta dengan izin dari Nya) hasutan mu telah aku atasi”.

(Aku berlindung denganmu Ya Allah daripada syaitan yang direjam. Amin)

The next morning, despite slept at 2.30am, I managed to wake up early and feeling fresh and happy like nothing happened. Timing was nice. We reached MIL’s place as promised. Soon we made our way to G.enting H.ighlands and arrived safely at around 10.30am.

Due to last minute arrangement, we only managed to book R.ia A.partment (hajat hati nak duduk hotel dekat ngan theme park). After one round up to the summit, we realized that we will not get parking space easily at that hour. So we berebut parking dengan apek & nyonya kat R.ia A.partment je. Dah tau check-in time 2pm tapi saja tried our luck. Not lucky. Apartment was sooooo not ready. So we left our things in the cars and walked. I repeat….. we WALKED to the indoor theme park.
.

Walaupun penat menapak, pantang nampak camera, boleh gak tersengih kita orang ni.

Kesian semua orang menapak naik bukit, dengan sejuk, dengan stamina tahap zero (aku le ni). Lebih kesian kat FIL & MIL who had to walked that far, naik bukit lagi in that very cold weather. Oh! Did I say that already?

.

Singgah jap kat hotel mana tah. Tumpang toilet & ambik gambar.

(Si Aiman ni pulak tak tengok camera. Dia dok hairan tengok beruk main gitar)


Sampai in-door theme park, tercengang-cengang aku. Dah berzaman tak ke sini. Tak tau camna nak mula..

(Terkenang semula pengalaman bersama kawan-kawan masa bujang dulu. Time tu tido dalam keta. Hotel semua full. Time tu nyampah sikit ngan Che Man. Muka dia sentiasa macam mencuka coz girlfriend dia tak nak ikut sama. Tapi, ada hati lak nak ngorat kita. Eh eh! Tercerita lak!)

We paid RM30 per person for all indoor rides access. Cuti sekolah & public holiday - what do you expect la kan? The place was packed like nobody business. After this & that, we picked up my MIL & FIL at Stabak. Kesian dia orang kena tunggu je kita orang habis merayau. Ye la… kalau ikut kita orang nanti, tentu penat. Sudah tu dia orang tak mau ride anything there also. However, we made sure that diaorang tau that we were just nearby. Stabak was a strategic location. Whatever ride we took, we will pas near them, so we lambai-lambai them. Hopefully they all tak rasa tertinggal gitu.


Benda alah ni dah habis pusing, tapi Aiman tak mau lepaskan kuda ni.

We walked back to the apartment. It was nearly 3.00pm. We were hungry but the apartment still was not ready. Didn’t really care. Masuk juga. Mengomel-ngomel la si tukang cuci. Berdengkit-dengkit la kaki kita orang memijak lantai sejuk & masih basah baru dimop.

The apartment - all I can say: they swept & mopped the floor, wiped the (quite old) furniture but didn’t actually scrub the whole place. Got water heaters, cooking facilities & utensils (but due to halal issues we brought our own), kettle, iron, 3 king size beds complete with pillows & blankets. Extra bed chargeable at RM10 per set. We had additional 4 sets – ramai yang gi sebenarnya. No towels & no soap. RM450 per day was the rate for super peak for three-bedroom apartment. Down stairs has mini market and cafeteria that serves halal food at (surprisingly) reasonable price tag – nak balik baru perasan daaaa.

Panaskan lauk & makan. Petang tu, itu je la kerja nya. Makan, lepak, borak, watch TV & tido. Ingat nak naik ke Theme Park balik coz our wristbands masih valid. Rugi pulak tak gunakan sepenuhnya. Tapi memikirkan kena menapak lagi dalam cuaca camtu, tak larat la.

At night after Maghrib however, BIL who left to the theme park in the evening called and informed us there are some kereta sapu downstairs that can take us to the theme park for RM2 per person. Oh seronoknya takyah jalan jejauh lagi. So we went up again and yada.... yada... yada..... Food up there quite expensive (I was told, didn’t really check), so we just bought some finger foods with coffee & tea. We had late dinner in the apartment later.

"Sudah-sudah la tu ambik gambar ibu oii..... Orang nak susu!"

The next day had brunch in the apartment and check-out.

Ni tengahari buta sebelum naik ke Theme Park. Berkabus giler.

We left our cars there and took kereta sapu to go up again. Ingat nak gi outdoor theme park but it was closed due to raining. So, indoor lagi la. We lepak-ed most of the time in one café pas tu rasa-rasa boring, jalan-jalan, penat kalau, lepak situ lagi minum-minum, pas tu rasa nak jalan, jalan balik. We took turn jaga kerusi & meja tempat lepak tu. Sila buat cam umah sendiri je.

.
Che Man beli benda alah yang tutup kepala & belit-belit kat leher
ni kat situ for RM15. Siap ada gloves untuk Aiman sekali.
Saja je kami nak feeling-feeling London.

.

Kita orang buat cafe ni cam rumah sendiri.
Buat tempat makan minum, bagi anak susu, lepas lelah,
letak barang & tempat menunggu.


Left G.enting at 5.30pm after makan at B.urger K.ing.

MIL : “Berapa harga burger ni?”
Aku : “Tujuh belas hengget mak”
MIL : *Mata terbuntang*


Bye bye. Nak balik dah ni.


Sampai Klang, lepas kemas kain baju, mandi dan sebagainya, packed barang untuk balik Nilai pulak. Spent the weekend there.

Saturday night, semua orang (paling-paling aku ler tu), malas masak. Decided to eat out. My father suggested to try a restaurant where his nephew sells ayam bakar and kerang rebus. Owner of this restaurant bela unta & rusa (or is it kijang?) kat situ juga. Besar gak kedai ni. Siap ada pentas karaoke lagi. Pentas tu rasanya lebih besar daripada pentas sekolah aku dulu. Makanan pun not bad. Harga sangat la murah. Ayam bakar sangat perisa & juicy *promote untuk sedara sendiri sebab dah janji ngan dia*



Restaurant ni terletak di jalan lama Nilai-Labu-Seremban.

Nampak signboard ni kat sebelah kanan dari Nilai.

Ayam bakar yang marbeles.


Bila sehari semalam berjalan-jalan carik makan, lepak 2 hari kat kota keriangan, sambung pulak balik kampung hujung minggu dan hari-hari diantaranya mendung saja (good excuse ni) , ini lah hasilnya!



Aku : Camna nak buat ni bang?

Che Man : Pilih-pilih mana patut, hantar dobi je.
.

Saya sukerrr idea bernas sebegini!

07 January 2009

Panas Badan, Sawan Angin (dan Mahkluk Halus?)

Sejak Aiman mula merangkak lagi, MIL & SIL asyik suruh kami bawak Aiman pergi berurut. Budak kecik kena urut katanya sebab badan dia dalam stage macam tu akan sakit-sakit. Sebab tu meragam.

We never did bring him for massage.

Until recently MIL & SIL mentioned that my son selalu terkejut dari tidur. Tak bagus untuk urat saraf. Kami patut bawa dia urut. Lagi pun berurut tu memang baik untuk budak-budak. Ibu tak berpengalaman macam aku ni, setuju saja.

Kami pun berjumpa dengan bidan kampung yang dikatakan pakar mengurut perempuan & kanak-kanak.

Mula-mula pegang Aiman, bidan tu commented that badan Aiman panas dari biasa tapi tak sampai tahap demam. Pada aku itu memang biasa. Badan dia memang selalu panas. Ramai orang komen macam tu tapi takle panas macam demam. Lagi pun dia sangat aktif dan kuat berpeluh. Mungkin sebab tu badan dia selalu terasa panas? Teori sendiri ni.

Bidan tu tak setuju. Itu tanda yang tak bagus katanya. Lalu dia lumurkan badan Aiman dengan sejenis air (ada sejenis tumbuhan dalam mangkuk tu, tak tau apa dia). Air tu cam melekit sikit. Tapi aku kecewa sikit sebab dia tak urut pun. Sapu-sapu badan dengan air je.

Pas tu dia belek-belek muka Aiman and said “Muka dia ni, mahklus halus suka. Ada yang mengikut dan kacau-kacau sikit”.

Pulak dahhhh! Honestly, aku tak percaya tapi aku angguk-anguk je la.

Result?
Bidan tu bagi air tu untuk aku guna bila-bila badan Aiman panas. Tapi aku tak guna & dan dah buang pun (sebab dah lama sangat). Badan dia dah tak panas macam dulu lagi. Itu result positif yang ketara setakat ni. But for some reasons, kita orang tak pergi lagi sana, walaupun bidan tu ada pesan supaya datang lagi.

Last week of December we went to Sekinchan, Selangor. MIL visited her besan there and we had lunch at Selera Rimba, Sg. Lembing. Mak aiii… jauh ke dalam, sampai aku ingat kami akan masuk hutan. Masakan jenis Banja & Jawa.

Aku tunjuk gambar sikit la. Baru real.










Banner (takleh makan ni), Daging Landak & Daging Kijang











Daging Ayam Hutan, Ikan Baung & Ikan Puyu


After that, MIL went for massage. Rupa-rupa nya my Che Man sudah pakat sama kakak dia for Aiman to be massaged too.

Before she massages Aiman, she showed me 2 benjolan belakang telinga Aiman. According to her, Aiman ada sawan angin. Then she checked his body & face and you know what she said?
.
“Ada mahkluk halus yang cuba dekat dengan dia! Tu la tidur dia terganggu”

Okey…. Dua orang tukang urut cakap benda yang sama! Camna ni? Adakah mereka telah berpakat; smsed or e-mailed each other the night before? Mungkin kah?

She gave me multiple choices:
a) Buang angin Aiman
b) Jauhkan Mahkluk halus
c) Kedua-duanya di atas.

Aku pilih (C). Obviously.

All the time when his nenek being massaged, Aiman was there observing. Bila tiba giliran dia, bukan main ready lagi. He enjoyed it very much. Sekejap terlentang, sekejap meniarap, sekejap duduk walaupun ada masa nya muka berkerut-kerut tahan sakit. He also showed the makcik some part of his body (according to the makcik, he knows which part of his body yang tak berapa sedap). When she massaged his stomach, aku dengar bunyi :

Trupppppp……. Trupppppp……

Bunyi angin dalam perut dia, kata makcik tu la.



Anak ibu telah memberikan kerjasama yang baik. Bagus!

Next Aiman dimandikan dengan dua jenis air. Satu jenis yang agak melekit sikit, dan satu lagi baunya macam air limau. Mandi ni untuk menghalau mahkluk halus.

We paid RM150. I am not sure whether there was a miscommunication between SIL, Che Man & the makcik, but I think, it is too expensive (berkira kan aku ni?) coz yang aku tahu berurut dengan dia cuma RM15 to RM30 sahaja. So, mandi manda RM120? Ntahla. Apa pun, jangan risau ya mak cik, coz saya halal kan.

Anyway, the makcik suruh kita orang ulang lagi at least lagi 2 kali.

Result?
Susah aku nak cakap. Dalam beberapa hari lepas urut tu, Aiman berak cair jer. Tak pasti ini ada kena mengena dengan process buang angin tu atau tidak. Tapi sesekali dia kembung juga lagi. Dia masih lagi sekali sekala terkejut-kejut dalam tidur. Sesekali teringat, he’ll ask me to massage his back.

Pasal mahkluk halus yang nak geng ngan anak aku tu, pun aku tak pasti camna. Confuse la nak percaya ke tidak. Aku cuma nak anak aku sihat, normal & happy. Yang lain-lain aku serahkan kebenarannya pada Dia. Cuma Dia yang maha mengetahui akan segala sesuatu.

Wallahhuallam.

Your Personality is Very Rare (ESTP)

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.