Showing posts with label Ada Penyibuk Di Sini. Show all posts
Showing posts with label Ada Penyibuk Di Sini. Show all posts

19 November 2009

Biadap Kau eh?

Dah memang betul, terbukti dan kau sendiri ter-confessed yang kau sedang mengganggu-gugat rumahtangga orang, lagi kau nak biadap kan?
.
That’s facts. People talking about facts. Terkena lak batang hidung kau. Nasiblah. Boleh lak warning orang lain ‘Ape salahnya? Lelaki boleh kahwin empat. You just go back and take care of your husband lah!’ .
.
Hahahaha…. kau takut dengan bayang-bayang sendiri kan? Sebab tu kau lebih senang keluarkan statement biadap pada orang yang jauh lebih tua daripada kau.
.
Umur kau berapa?
Umur perempuan yang kau suruh jaga husband dia tu berapa?
.
Somemore, she wasn’t talking to you.
She was just joking with that asshole your boyfriend about having second and third wife. They both were laughing away, enjoying their conversation.

Perlu ke keluarkan statement biadap macam tu?
Terkena batang hidung?

Kau bebalik berangan.

Jantan tu sibuk merosak reputasi kau kat tempat kerja. Balik kerja kang, dia peluk dan cium his wife. While he is making passionate love to his wife, kau kat umah dok tengok ceiling, tenung cicak beromen.

Kesian kau.

Makhluk perosak!

26 September 2009

Moralnya Di Sini

Wah.

Dah seminggu raya.

Patut la badan rasa 2 kg lebih berat, dagu berlapis, pipi pun rasa berat. Serius.

Semua orang pun sibuk nak bercerita pasal raya lepas ni. Aku akan juga. Tapi minggu depan gamaknya. Takda mood. Masuk hari ni, dah seminggu aku sakit kepala. Walau tak heavy, tapi sentiasa ada. Rimas betul lah.

Dah start kerja hari ni. Setengah hari, Che Man kerja full day. Aiman masih tinggal kat Nilai dengn atuk, uwa dan mak su dia. Nenek Shah Alam dia tak habis raya kat kedah lagi. Risau jugak aku ni sebab dia dah start demam malam tadi. Kalau Che Man dapat kerja half day hari ni, balik kang oleh bawa dia gi Klinik. Aku pun kena check jugak ni, naper sampai seminggu sakit kepala macam ni. Muak dah makan panadol.

Aku ingat tak best kena kerja balik lepas seminggu-tak-ingat-opis. Tapi ok pulak rasanya. Rindu dekat rutin pejabat. Agaknya memang aku dasar suka pada rutin. Dah memang sah aku pompuan yang memboringkan.

Tadi terserempak dengan kawan kerja aku yang sorang tu. Tetiba aku rasa semacam. Hairan gak aku dengan perasan aku tu. Oh! baru aku teringat. Beberapa hari sebelum raya, aku ada terempak dengan husband dia dengan sorang perempuan. Husband dia ni tak kenal aku, tapi aku cam muka dia sebab boleh katakan hari-hari aku nampak dia hantar & ambik wife dia kat tempat kerja. Selamba badak je husband dia bercerita dengan kawan dia (depan aku) yang perempuan dengan dia tu 2nd wife dia.

Aku tau kawan aku sorang ni dah pun disuruh dek husband balik ke kampung dengan anak-anak beberapa hari awal sebelum raya. Alasan nya, dia akan balik malam raya sebab dia kena kerja sampai petang raya tu. %.U.N.@.E.K la woi! Kerja opis gomen cam kau, pehal kena kerja hari sabtu sampai petang raya? Rerupanya nak bersoping-soping ngan bini muda.

Kesian kawan aku tu tak tau pun. Naper la perempuan baik macam dia kena tipu juga dek laki yang bajet jujur, setia and loving tu?

MORAL CERITA INI:
1) Kenali lah rakan-rakan suami / isteri anda.
2) Kalau nak bercerita hal sensitip, pilih lah tempat. Bukan di kedai gambar komplek PKNS.
3) Pulang lah beraya ke kampung bersama-sama suami atau isteri anda. Toksah ngarut balik awal dan sebagainya.
4) Ketahui lah dengan jelas nature of job suami / isteri anda.
5) Kalau dah kahwin lagi satu tu, berterus-teranglah dengan isteri tua anda. Maka tidak lah isteri muda anda melopong, tidak mendapat giliran beraya dengan anda. Ada laki pun, macam takde.
6) Kalau anda dah tau suami anda dah berkahwin lagi satu, jangan bagitau dia yang anda dah tau. Nanti dia siap buat jadual giliran pulak.

Anda mampu mengubahnya! (ye ke?)

29 January 2009

Cik Ti..... Angkara Engkau kah?

Satu malam tu aku balik dari kerja, aku capai roti dari atas meja. Ambik sekeping dan ngap… terus gigit. Pas tu baru aku perasan hujung roti tu terkoyak. Rupa-rupanya setiap keping roti tu semua sama rupa cam tu.

Che Man kata mungkin tikus yang makan. Memula aku tak leh nak terima hakikat yang dalam rumah aku ada Cik Ti ni. Ye lah.. tak pernah nampak tanda-tanda kehadiranya pun sebelum ni. Habis sebuku roti masuk tong sampah. Rugi ooo….

Ada satu malam lagi tu, aku capai coklat yang aku letakkan malam sebelumnya atas meja makan juga. Cuba korang tengok….. tengok…. Apa yang telah berlaku!

Cilakak Cik Ti. Coklat aku pun dia sebat.

Ada satu hari lagi tu, aku letakkan sesisir pisang yang aku bawa balik dari kampung atas cabinet dapur. Konon-konon nak tunggu pisang tu masak. Ngam-ngam la hujung minggu tu boleh buat cekodok. For few days, nothing happened. So aku ingat selamat la letak kat situ. Dan dan hujung minggu tu aku perasan sebijik pisang tu tinggal kulit je. Isi habis!

Ok….. from there on.. takde lagi aku nak letak food kat luar almari dah. Semua mesti bertutup dalam balang / bekas atau masuk fridge / lemari saja.

Ada satu hal lagi. Pintu setor aku, walaupun aku dah rapatkan malam-malam, still pagi tu terbuka jugak. Aku tuduh Che Man, Che Man tuduh aku - tak tutup properly. Tu je la kerja nya.

Lepas cuti tahun baru cina, sampai rumah dari kampung aku terasa-rasa macam sesuatu dah berlaku dalam stor tu. Aku buka perlahan-lahan and saw this.

Rileks, ni bukan bulu ayam dari ayam (habis bulu saper?, tah la…) Maksud aku, bulu-bulu ni dari feather duster yang aku sangkutkan kat tombol pintu bahagian dalam stor tu. Aku syak Cik Ti jugak punya kerja la ni. Geram takleh kuar sebab aku dah tutup pintu rapat-rapat agaknya. Habis setengah feather duster tu disiat-siatnya. Aku biarkan je yang balance tersangkut kat situ lagi. Geli la nak usik.

Malam tadi, aku punya perasaan semacam jugak waktu bukak pintu stor tu. Kali ni, Cik Ti sambung balik tugas dia yang tak habis tu. Habis semua feather duster punya balen bulu di cariknya. Hampeh. Dah aku kena beli feather duster yang baru kat Giant jap lagi.

Aku ingat tu je la kerosakan setakat malam tadi. Pas tu aku jumpa pintu bilik solat kena gigit. Pintu pun kau belasah Cik Ti? Apa kejadah nko nak masuk bilik ni pulak....... Nak carik sejadah ke?

Aku tak kira. Walau pun belum ada bukti, takde saksi dan tak pernah lagi aku nampak kelibat yang tertuduh, hati aku kuat mengatakan, ini semua kerja Cik Ti tu jugak. Panas agaknya hati dia sebab aku tak simpan food merata sekarang ni.

Aku nak kasi dia lebih panas hati, aku cepat-cepat ambik bekas balang kuih dari dalam stor and simpan kuih rose yang aku baru beli. Tak nak kasi chance kat Cik Ti nak rembat nanti.
.
“Awat kesat semacam je tutup balang ni?”

Ya Rabbi… tutup balang tu pun kena toreh sekali ????

Bedebah Melampau! Ini boleh menimbulkan marah!

Sebelum banyak lagi kerosakan yang dia buat, baik aku pi beli gam tikus atau perangkap tikus berserta feather duster yang baru hari ni. Kot-kot dia tersangkut kat gam tu nanti, boleh la aku tayang feaher duster baru aku kat dia pastu.

Siap la Cik Ti ooiiiii…… tiada maaf bagi mu!

Pst:
Kot-kot bukan Cik Ti yang punya kerja… angkara siapa yek?

27 August 2008

Hoi! Saper tu haaa?

There is something ‘funny’ about my house these days. Last 2 weeks (while I was already in bed, ready to sleep) I heard noises from ceiling – like something big crawling. When the first time I heard the noise, I thought kucing kot. Walau pun sedikit was was dengan tekaan tu, sebab bunyi macam binatang yang lebih besar dari kucing. Kat belakang rumah lak siap ada bunyi anjing menyalak-nyalak dengan galak. I never mentioned it to Che Man, sebab dia tak pernah lak cakap apa-apa pasal tu. Selamba ajer aku tengok. Tah tah aku sorang jer yang dengar bunyi tu? Few nights okeyyyy…

Now the noises sudah stopped. Bagussss….

Last week, balik dari kampung, aku pun mulakan lah project membasuh kain. Washing machine aku kat work area. Between the work area and area belakang rumah tu separated by grill. Terkejut aku tengok ada satu baldi kecik tertonggok kat depan grill tu. Dalam baldi tu nampak macam ada kain. Che Man kata bukan dia letak. Takkan Aiman letak kot?

Sampai sekarang baldi tu ada kat situ lagi. Hoi jiran sebelah! Hang pa punya kaaa? Ambik balik la. Nyemak rumah aku yang memang dah semak ni. Aik? Rumah sebelah mana ada orang? Iskh!

Teringat kisah masa aku mengandungkan Aiman dulu.

Sebelah rumah aku tu rumah kosong. Aku pasti takda lampu, takda air lagi sebab ada tanda ‘For Sale’ kat pintu pagar dia. Satu malam tu, tetiba laki aku tanya “Naper sangkut bra kat grill tu?”. Aku pun gi tengok. Dah tentu nya bukan bra aku. Itu bra murah la… (wahhhhh… berlagak siot!). Aku pun ambik dan campak kat luar pagar.

After few days, nyaris aku dapat heart attack. Bra tu datang balik. Kali ni tersangkut kat towel rack inside the work area (selalunya aku sidai kain buruk atau alas kaki kat situ). Maksud aku, kalau dari luar tu boleh hulur tangan sampai la kat situ. Seram lak aku rasa. Aku campak kat luar pagar lagi. Dah. Tak pernah datang balik dah. Syukurrrrrr…

Citer lain lak.

Malam semalam around 11.30pm, Aiman tido dalam bilik, Che Man depan TV sambil lipat kain (baik kan laki aku tolong lipat kain bagai?). Aku lak kat bilik belakang tengah gosok baju. Tetiba aku dengar Aiman menangis. I asked Che Man check on him. Member pun berlari lah masuk bilik tepuk-tepuk kan Aiman suh tido balik. From the room (where I was ironing), I can see part of Che Man’s legs on the bed.

Tup-tup I heard the TV senyap. Bila aku jenguk, I saw the TV screen with ‘guide’ menu and it was scrolling up and down - like somebody is browsing through the channels. Pas tu channel tukar dari ‘E’ to ‘AXN’. Pelik la kan coz I can still see Che Man in the room. So, mustahil lah dia yang tukar channel tu kan? Aku perhati kan je lagi (from the place I was standing, I could only see the TV cabinet).

Pastu, tukar channel lagi - ini bukan terus tukar channel okeyyy…. Number sebijik-sebijik keluar macam kita sedang tukar channel A.STRO tu. Tup-tup, TV1 pulak. So aku keluar sikit dari dapur tengok area sofa – korang tau saper yang aku nampak? Sah sah la takda sesapa kat situ. Kita orang kan bertiga jer kat dalam rumah ni. Aku pun pi kat depan carik remote control (was on the sofa) and checked it. Well, nothing unusual about it. Put it on the coffee table and left the TV on.

Aku sambung gosok baju. Later Che Man kuar tengok TV balik. Aku pun join him after that. Aku betul-betul lupa to tell him about it until this morning.

We were about to leave the house :

Aku : “Masa lepas abang tepuk Aiman suh tido balik malam tadi, pas tu sambung tengok TV, TV tu kat channel mana yek?”

Che Man : “TV1”

Aku : “It wasn’t me who changed the channel you know…...”

Che Man diam jer…..

Takut ke Bang? Muhahahahaha….

13 August 2008

So, You Want to Know What I think?

There is a policy.

(Gatal jer tangan aku nak jer aku upload kan policy tu kat sini kasi korang tengok betapa mangkuk nya polici tu. Tak pasal-pasal ada yang kena saman ngan company kang)

Aku belum submit kat boss lagi.

Aku nak baca duaploh kali dulu - nak kasi darah menggelegak.

Besok aku akan bagi kat boss for his approval.

Harap-harap dia akan tanya pendapat aku like “So? What do you think?”

Tolong la boss tanya camtu. Sebab aku dah prepared jawapan dah ni:

“So you want to know what I think?”

“I think this is NOT RIGHT”
“I think this is so WRONG”
“I think this is so UNFAIR”
“I think this is so AUTOCRATIC”
“I think this is so STUPID”
“I think you will further discuss this RUBBISH with him”
“I think he will answer you by citing this and that clauses from some standard requirements and make them sound so true……” ------> walaupun ianya adalah drama semata.
“I think you will sign it anyway”

I think I am getting angry now.
.
Sudah lah! Check Jobstreet lagi bagus.

24 July 2008

Sila Jawab!



Can somebody pulezzzzzzz tell me......

Kalau aku datang training arranged by company, pas tu training provider tu issue training certificate, certificate tu kepunyaan saper?

a) Aku kah?

b) Company kah?

c) Does not matter kah?

Please..... tell me......

25 April 2008

Macam Bagus

Untuk mamat yang macam bagus….. who the hell you think you are?

Baru first time coordinating this thing, sudah berlagak macam management representative. Due date besok kan? So, why la bising-bising pasal aku belum submit hari ini? Idiot!

Dah la gitu, boleh marah-marah aku for not coming to the briefing. Did you know that I have called your office earlier to inform that I have an urgent / important meeting with the The Boss? Yes, I did not talk to you because, how the hell I know that you are now coordinating it. All these years were someone else. But hey, I did leave the message after I found out okey?

Pantang la tok nenek aku orang tuduh aku tanpa usul periksa!

Dah tu you said that I ALWAYS submit late. Kepala hotak kau! Cuba cakap, berapa banyak kali yang ALWAYS tu? Ada evident? Tolong sket ha.. only very few times together with everyone and mine is always the one that pass after one submission. No need to re-do / re-submit.

You know why?

Because whenever I am given an assignment, I’ll do properly. I repeat. PROPERLY. Tak cincai. Better than people who submit them and then have to re-do kan? Ok.. itu point lain.

My point is, Y.O.U are the one who ALWAYS submit late. Both of us heard this comment from the previous coordinator. Ada aku buat huu haa pasal tu? I didn’t even tease you about it. You can’t dismiss this. Because this is not an accusation.

I feel so angry when you keep talking and accusing me. So I hang-up while you were still talking. Hah! Padan muka kau. Memang patut pun . Cakap la sensorang.

You used the so-called ‘an apprentice’, as a way to convey the message that you want the job to be done. You asked her to come and see me. For your information, I have already discussed with her that I will call her once I am ready. No point for her to see me when I am in the midst of doing something else. No?

Sudah la begitu, you dared pulak called me sambil tergelak-gelak kecil (buat-buat la tuh, cam aku tak tau!) and informed me that she was on her way to see me. Too late! We all sudah kau/tim. You no need to dictate my schedule la!

Maybe you want to surprise me? Haaaaalooooo….? You think I don’t know that you have assigned an apprentice for me to do this exercise? You think, I am not aware of the due date and other requirement? I didn’t attend the briefing, betul.... but I took the initiative by getting the information from others after the briefing (including how you were so overacting in conducting it - seperti yang dijangka). I did the necessary. I know my responsibility.

Due date tomorrow kan? You’ll receive it tomorrow.

Toksah kecoh!
Your Personality is Very Rare (ESTP)

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.