Satu malam tu aku balik dari kerja, aku capai roti dari atas meja. Ambik sekeping dan ngap… terus gigit. Pas tu baru aku perasan hujung roti tu terkoyak. Rupa-rupanya setiap keping roti tu semua sama rupa cam tu.
Che Man kata mungkin tikus yang makan. Memula aku tak leh nak terima hakikat yang dalam rumah aku ada Cik Ti ni. Ye lah.. tak pernah nampak tanda-tanda kehadiranya pun sebelum ni. Habis sebuku roti masuk tong sampah. Rugi ooo….
Ada satu malam lagi tu, aku capai coklat yang aku letakkan malam sebelumnya atas meja makan juga. Cuba korang tengok….. tengok…. Apa yang telah berlaku!

Cilakak Cik Ti. Coklat aku pun dia sebat.
Ada satu hari lagi tu, aku letakkan sesisir pisang yang aku bawa balik dari kampung atas cabinet dapur. Konon-konon nak tunggu pisang tu masak. Ngam-ngam la hujung minggu tu boleh buat cekodok. For few days, nothing happened. So aku ingat selamat la letak kat situ. Dan dan hujung minggu tu aku perasan sebijik pisang tu tinggal kulit je. Isi habis!
Ok….. from there on.. takde lagi aku nak letak food kat luar almari dah. Semua mesti bertutup dalam balang / bekas atau masuk fridge / lemari saja.
Ada satu hal lagi. Pintu setor aku, walaupun aku dah rapatkan malam-malam, still pagi tu terbuka jugak. Aku tuduh Che Man, Che Man tuduh aku - tak tutup properly. Tu je la kerja nya.
Lepas cuti tahun baru cina, sampai rumah dari kampung aku terasa-rasa macam sesuatu dah berlaku dalam stor tu. Aku buka perlahan-lahan and saw this.
Rileks, ni bukan bulu ayam dari ayam (habis bulu saper?, tah la…) Maksud aku, bulu-bulu ni dari feather duster yang aku sangkutkan kat tombol pintu bahagian dalam stor tu. Aku syak Cik Ti jugak punya kerja la ni. Geram takleh kuar sebab aku dah tutup pintu rapat-rapat agaknya. Habis setengah feather duster tu disiat-siatnya. Aku biarkan je yang balance tersangkut kat situ lagi. Geli la nak usik.
Malam tadi, aku punya perasaan semacam jugak waktu bukak pintu stor tu. Kali ni, Cik Ti sambung balik tugas dia yang tak habis tu. Habis semua feather duster punya balen bulu di cariknya. Hampeh. Dah aku kena beli feather duster yang baru kat Giant jap lagi.
Aku ingat tu je la kerosakan setakat malam tadi. Pas tu aku jumpa pintu bilik solat kena gigit. Pintu pun kau belasah Cik Ti? Apa kejadah nko nak masuk bilik ni pulak....... Nak carik sejadah ke?
Aku tak kira. Walau pun belum ada bukti, takde saksi dan tak pernah lagi aku nampak kelibat yang tertuduh, hati aku kuat mengatakan, ini semua kerja Cik Ti tu jugak. Panas agaknya hati dia sebab aku tak simpan food merata sekarang ni.
Aku nak kasi dia lebih panas hati, aku cepat-cepat ambik bekas balang kuih dari dalam stor and simpan kuih rose yang aku baru beli. Tak nak kasi chance kat Cik Ti nak rembat nanti.

.
“Awat kesat semacam je tutup balang ni?”
Ya Rabbi… tutup balang tu pun kena toreh sekali ????
Bedebah Melampau! Ini boleh menimbulkan marah!
Sebelum banyak lagi kerosakan yang dia buat, baik aku pi beli gam tikus atau perangkap tikus berserta feather duster yang baru hari ni. Kot-kot dia tersangkut kat gam tu nanti, boleh la aku tayang feaher duster baru aku kat dia pastu.
Siap la Cik Ti ooiiiii…… tiada maaf bagi mu!
Pst:
“Awat kesat semacam je tutup balang ni?”
Ya Rabbi… tutup balang tu pun kena toreh sekali ????
Sebelum banyak lagi kerosakan yang dia buat, baik aku pi beli gam tikus atau perangkap tikus berserta feather duster yang baru hari ni. Kot-kot dia tersangkut kat gam tu nanti, boleh la aku tayang feaher duster baru aku kat dia pastu.
Siap la Cik Ti ooiiiii…… tiada maaf bagi mu!
Pst:
Kot-kot bukan Cik Ti yang punya kerja… angkara siapa yek?
14 comments:
wehh doesnt look like cik ti's work to me!! umah mak aku kat ampang tu byk cik ti, tapi tak penah la pulak dia carik2 bulu ayam or kasi toreh balang mknan mak aku... eeeee takuttttttt
Z.Y @
Woit! Cit! Pooodahhh! Angkara Cik Ti ni. Mesti. The ganas type. Tak sabar aku nak pasang perangkap. Cuma part buka pintu stor tu yang aku rasa pelik sikit.... iskhhhhh
sebelum tu ko try sebelum tido, sendal dulu pintu dapur belakang & pintu depan ngan kain pelekat lama Che Man...
aku syak cencurut, spesis cik Ti gak, kalo jenis ni memang lahabau..
Bayam @
Aku memang nak biar dia masuk umah kali ni. Aku dah standby gam tikus. Tak sabar nak tengok spesis tikus apa ni... ganas nak mampus!
wahwah wah.....cian dier looo..ngok nyer cik ti..umah ya..de sekor agih..tapi bertambah plak kaum kerabat die lepas raya tahun baru cina nea
hehehe..kalo ko sanggup angkat bangkai tikus tu, or angkat papan lapis with tikus struggling alive...eiiieee...been there done that, mak memang geli nyah..menjerit² mak maser angkat menda tuu..
p.s-nak taip ni pun meremang bulu roma aku..
nomee,
entry ni buat i gelak gila, sori!
tapi rumah u ni mcm2lah..ingat citer baju u sidai ke apa tu. i hope it's cik Ti tapi mmg geli if it suddenly pounces on u.
g'luck anyway!
Fuhh...ganaz gile cik ti ni... Ni misti cik ti from the bronx ni!
Agree with bayam, sendal lubang pintu tapi dgn kayu la... kain pelekat lama senang je die masuk weh!
Also, jgn lupa sendal pintu bilik air coz believe it or not, they can masuk thru lubang toilet! Happened to my neighbour dulu2.
If it was me, i panggil je pest control suruh buat investigation, betul ke cik ti punye angkara and terus suruh diorang je ambil langkah2 pencegahan seterusnya.
I dulu pernah cikti bawak lari kain2 buruk dlm laci guna utk pakai kat dapur. Makin lama makin kurang... at last jumpa kat dalam dapur, die buat sarang bawah tong gas! Kureng asam!
hatg24 @
Dah banyak ker? Habis tu... dapat tangkap tak?
Bayam @
Masa kekecik dulu pernah la buat camtu. Kesian pulak tengok tikus-tikus tu merayu-rayu. Tak sampai hati nak buang. Nasib baik Abah yang uruskan.
Ms Ngantuk @
Actually memang 'macam-macam'. Malas je nak citer. But, there were wierd things happened to me last week which remind me of wierd things that happened to me years ago. Maybe I should blog about it. Tungguuuuu....
NiN @
Giler kelakar citer Cik Ti curik kain buruk you! Cik Ti ni mahkluk teliti juga kan? My friend once told me, Ci Ti siap boleh buka tudung saji, ambik food & close it back properly.
Nak cuba tangkap dulu. Tak dapat gak, pest control la jawabnya. Tak pasal nanti dia gigit si Aiman pulak. Mau I meroyan.
ngan cik Ti pon hang leh layan gado yer nomee!
Isk.. takkan la antu nak gigit-gigit tutup balang ko tuh.. sah-sah cikti nih.. cikti protes ko tak bagi makan kat dia.
Baik ko cepat-cepat tangkap dia. Nanti kalu dia siap tido sekatil dengan ko camane... huahhh... sangat geli...!!
p/s: cikti spesis cencorot mmg ganas. aku suspek dia langgar pintu ko sampai tebukak.
Maya @
Dah tak leh gaduh ngan laki... hehehe
Izwa @
Tu yang seram tu.
cepat bagitau aku kedai mana DVD tu???????
Green Apple @
Sila check comment box anda. Ngeh.. ngeh.. ngeh... (aku nak kena minta komisen kat taukeh tu la camni)
Post a Comment