26 September 2009

Moralnya Di Sini

Wah.

Dah seminggu raya.

Patut la badan rasa 2 kg lebih berat, dagu berlapis, pipi pun rasa berat. Serius.

Semua orang pun sibuk nak bercerita pasal raya lepas ni. Aku akan juga. Tapi minggu depan gamaknya. Takda mood. Masuk hari ni, dah seminggu aku sakit kepala. Walau tak heavy, tapi sentiasa ada. Rimas betul lah.

Dah start kerja hari ni. Setengah hari, Che Man kerja full day. Aiman masih tinggal kat Nilai dengn atuk, uwa dan mak su dia. Nenek Shah Alam dia tak habis raya kat kedah lagi. Risau jugak aku ni sebab dia dah start demam malam tadi. Kalau Che Man dapat kerja half day hari ni, balik kang oleh bawa dia gi Klinik. Aku pun kena check jugak ni, naper sampai seminggu sakit kepala macam ni. Muak dah makan panadol.

Aku ingat tak best kena kerja balik lepas seminggu-tak-ingat-opis. Tapi ok pulak rasanya. Rindu dekat rutin pejabat. Agaknya memang aku dasar suka pada rutin. Dah memang sah aku pompuan yang memboringkan.

Tadi terserempak dengan kawan kerja aku yang sorang tu. Tetiba aku rasa semacam. Hairan gak aku dengan perasan aku tu. Oh! baru aku teringat. Beberapa hari sebelum raya, aku ada terempak dengan husband dia dengan sorang perempuan. Husband dia ni tak kenal aku, tapi aku cam muka dia sebab boleh katakan hari-hari aku nampak dia hantar & ambik wife dia kat tempat kerja. Selamba badak je husband dia bercerita dengan kawan dia (depan aku) yang perempuan dengan dia tu 2nd wife dia.

Aku tau kawan aku sorang ni dah pun disuruh dek husband balik ke kampung dengan anak-anak beberapa hari awal sebelum raya. Alasan nya, dia akan balik malam raya sebab dia kena kerja sampai petang raya tu. %.U.N.@.E.K la woi! Kerja opis gomen cam kau, pehal kena kerja hari sabtu sampai petang raya? Rerupanya nak bersoping-soping ngan bini muda.

Kesian kawan aku tu tak tau pun. Naper la perempuan baik macam dia kena tipu juga dek laki yang bajet jujur, setia and loving tu?

MORAL CERITA INI:
1) Kenali lah rakan-rakan suami / isteri anda.
2) Kalau nak bercerita hal sensitip, pilih lah tempat. Bukan di kedai gambar komplek PKNS.
3) Pulang lah beraya ke kampung bersama-sama suami atau isteri anda. Toksah ngarut balik awal dan sebagainya.
4) Ketahui lah dengan jelas nature of job suami / isteri anda.
5) Kalau dah kahwin lagi satu tu, berterus-teranglah dengan isteri tua anda. Maka tidak lah isteri muda anda melopong, tidak mendapat giliran beraya dengan anda. Ada laki pun, macam takde.
6) Kalau anda dah tau suami anda dah berkahwin lagi satu, jangan bagitau dia yang anda dah tau. Nanti dia siap buat jadual giliran pulak.

Anda mampu mengubahnya! (ye ke?)

6 comments:

Norliana Abdul Rahman said...

nko tanak citer dgn kawan nko ke?

Nomee said...

Konot @
Tu la dalam dilema ni. Kang cakap, takut dikatakan busybody. Kalau kau, kau nak tau tak?

Maya Ariffin said...

She has the right to know the truth nomee. Cian jer kena tipu idop2 dek asben dia tuh.

Nomee said...

Maya @ Emmm... payah aku nak bukak mulut. Kot-kot dia ada mengadu ke aper.. aku cakap kot. Tapi kalau dia diam je, aku pun diam (agaknya). *sigh*

Norliana Abdul Rahman said...

benda2 cenggini mmg dilema. it depends on how rapat nko dgn kawan nko tuh. klu aku.. rasanya aku diam jer kot..hehe.. sbb maleh nak campur urusan org. there are some ppl yg refuse to know the truth.

ntah la..

bayam said...

OMG...konfem jantan spesis hampeh kelapa daaa..

tak silap aku, dulu Alin pernah publish citer yang sama, iaitu, nak citer kat isteri dia atau tak...persoalannya:
1. takut ko di cop busy body, pastu tanak kawan
2. mebe isterinya tak tau & tanak tau (mebe her heart will be torn into pieces bila diberitau)

sakit woo bila hati dikhianati...

Your Personality is Very Rare (ESTP)

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.