Went to our house and saw this.
Jiran aku buat renovation nampaknya. Walaupun sedikit sentap sebab they all sentuh wall kita tak bagitau, tapi tak kisah sangat lah. Dah siap nanti tu, cantik lah kot. Tapi aku tengok wall tu cracked. Dah tu simen dah keras berterabur habis kena tiles & ceiling. Bila Che Man tanya supervisor dia, bila nak cat wall belah kita org tu, dia jawab dengan kasar. “Lepas semua siap, kita orang cat lah!”. Cilakak betul. Orang tanya baik-baik, dia main kasar lak. Kalau ye pun takkan biarkkan simen berterabur kat belah lain sampai kering. Dah la takde courtesy, tak cermat pulak tu.
Actually, mamat tu bengang ngan kita orang sebab tak ambik khidmat dia. The day dia approached aku tu je cakap, “Kak… kita sesama Melayu, boleh bincang lah…..”. Kepantangan aku orang guna approach camtu.
Aku ada gak considered dia tu, tapi aku ter-jumpa beberapa komen yang tak baik pasal khidmat dia dalam community forum B.andar B.ukit R.aja. Jenis yang tabur janji macam-macam, quality kerja tak bagus, kerja lembab asyik nak kena follow-up je. Bila aku tengok wall yang merekah tu, aku syukur takde kena-mengena dengan dia. Pekerja dia, kerja waktu pagi je. Pas kul 1 petang, stop kerja, mandi, ampai kain bagai, pas tu tido sampai petang. Sekali tuan rumah datang, mengelupur.
Anyway…..
A tailor for curtain came as scheduled. She went and measured every window and I went “Eh…. We all tak order curtain untuk window ni la”. She answered me that she wants to keep a record, in case I change my mind later. Confident je minah tu. Cukup le. I didn’t give much attention on curtain or budget for curtain. I thought, whatever la…. Cannot be so expensive what..... Sekali ambik kau…… double the budget. Only after that I checked, my initial budget was a bit too low la. terpaksa la aku terima hakikat yg aku tak pandai buat budget.
Then, installers for kitchen cabinet came. These guys stopped & parked their lorry at the car porch, angkat tangan to acknowledge my presence, unloaded things and started doing their job. Setiap sorang ada kerja sendiri. Tak nampak pun they all borak-borak, hisap rokok, rehat. Kerja je..... tak bunyik-buyik.
Pelik gak aku. Tak ke dia orang nak confirm kan alamat rumah tu dulu, design atau apa-apa material yang dia orang bawa. The only thing they said, “Ada penyapu tak?” and “Sudah siap Kak”. It took them 4 hours to complete the installation.
Sebelum
Selepas
While all other things happening, Che Man was fixing lights & fans in the house. Nasib baik Che Man boleh buat. Mendengus-dengus gak le member tu dalam kepanasan. Suka hati. Janji siap. Kalau tak, nak kena upah orang pulak. Duit lagi. Only we unable to fix one light in the hall. The ceiling is a bit too high, tangga tak sampai. I think we have no choice but to pay someone else to do it for us. This weekend baru boleh settle kot.
.
Laki sapa nih?
We brought a can of paint to paint the fence and gate. Kekonon nak sama kaler ngan our grille. Aku le yang patut cat tu. Aku cakap ngan Che Man, aku takut duduk luar sorang-sorang. Takut kena kidnap. The actual fact: it was so hot outside. Makcik tak sanggup. Elok-elok datang tadi brown light-light, kang balik glossy black lak.
It seems my both side neighbors are Malay families. Sempat jumpa yang sebelah kiri, rumah sedang renovate. Maybe masuk end of the year. Yang sebelah kanan pulak, tak sempat bertegur, nampak dia orang datang & pergi je. Tak lama lagi masuk rumah kot.
Tengah aku lepak ada satu mamat Chinese ni datang bagi flyer. Boleh tempah curtain katanya. Kalau nak, tang-tang tu jugak dia nak measure. Ayooooo…. Sampai macam ni sekali orang carik business sekarang. Tapi bagus gak strategy ni.
So sekarang, lampu tinggal sikit lagi. This weekend kena sambung pasang lampu, cat pagar, basuh rumah. On next Monday pasang curtain. Then boleh pindah sikit-sikit. Dah standby 2 quotes untuk lorry. This week kena tukar alamat surat-menyurat pulak.
Tuan rumah sekarang pun dah mintak buang kan ‘For Rent’ punya signage depan rumah. Terlalu ramai yang call katanya, sampai dia pening kepala. Cadang nya nak pindah 28hb ni walaupun landloard kata we all can keep the keys till 15hb.
Oh ya... Jangan di tanya bila house warming sebab duit tinggal RM65 je. Adehhhhh.....