09 September 2008

Puasa & Blister

Tak terlambat rasanya nak ucap selamat berpuasa u ols. How’s things so far? Aku baru jer 2 hari dapat join you all puasa after a week off. So far so good lah. Al maklumlah, orang kerja opis – bukannya kena membanting tulang bawah pancaran matahari bagai.

IKLAN JAP

Ni kalau dapat buka posa Nasi Kandar Pelita + Teh Ais best ni...

Dilemma aku bulan puasa ni ialah pasal berbuka puasa arrangement. Ni tahun lepas. So, tahun ni aku ingat nak ikut cara yang sama. The first two days we had it at my PIL's place together with my SIL & family (temporary they stay together until raya).

So the third day masa aku tengah sibuk angkut Aiman nak balik MIL & SIL asked:
“Kenapa tak nak buka kat sini?”

I had no choice but to tell the truth:
“Hari-hari buka kat sini, Nomi SEGAN lah”

SIL laughed sambil mengeleng-ngeleng kepala. MIL clarified that, they wish for us to buka puasa with them. Lagi ramai lagi seronok. Walau selama 30 hari. They do not mind a bit pun.

Kalau camtu, okey lahkan. Haaaa… kan senang kita orang dah berterus terang camni. So, setiap hari lepas balik kerja kami singgah pasar Ramadhan beli sikit itu & ini and join everyone at MIL’s. Tak yah kecoh-kecoh redah traffic nak balik awal punya pasal.

By the way, bulan puasa ni Che Man kena masuk kerja sejam lebih awal. Terpaksa la aku tak tido lepas sahur – dengan pertolongan Mr. Nescafe pekat. Dapat jugak buat kerja-kerja rumah yang biasanya aku buat malam. Kul 7.30 pagi dah sampai opis. Kalau masih ngantuk aku belasah tido kat Surau barang satu jam. Bukan jadi kesalahan kan. Start kerja kul 9.00 pagi la.

Nak citer aku dah beli baru raya.

Asal usul nya Che Man nak beli baju sedondon ngan Aiman. Maka berangkat la kami ke Plaza Alam Central. Ini la first time beli baju raya bawak si Aiman sekali. Lepas cuba baju, dibantainya la lari kat ruang legar tu tanpa baju. Terpaksa la aku kejar sambil tangan pegang baju, beg plastic semua. Ada la couples yang gelakkan kita orang.

Korang gelak yek?

Siap la sok bila kau dah ada anak. Mahu dia lari-lari kat shopping mall pakai lampin pakai buang jer. Nanti aku gelak kan nko pulak.

Che Man jumpa kaler, tak jumpa saiz, jumpa saiz, tak jumpa kaler. Dah jumpa kaler & saiz, tak jumpa lak baju sedondon ngan Aiman. Pening la. Bila dah dapat, aku lak kecoh bawa baju tu ke sana ke mari nak carik baju aku biar sedondon. Basically, aku ambik baju Aiman, letak dekat baju-baju kurung yang tergantung-gantung tu nak carik yang sesuai. Belasah.

Jumpa la sehelai (sehelai je baju raya aku tahun ni). Che Man ngan Aiman tah dah kemana, terpaksa aku buat decision sendiri. Bila nak bayar baru Che Man jumpa aku. Sib baik, sebab duit aku tak cukup RM50 (hehehehe). Dah bayar baru Che Man tengok baju tu.

Dia tak suka pulakkkkkk!

Takde bunga-bunga kata nya. Dah la dia ngan Aiman kain kosong, aku pun beli baju kain kosong – jarang lak tu. (Tapi kain dia ada corak-corak la bang). Kalau camtu, kena la carik sehelai lagi ni. Muhahahahaha........
.
Raya nanti, dua orang itam pakai baju light purple. Ambik nko.

Citer lain.


Adoi aiiiii!!! Pehal lak dengan ruam / blister ni suma?
.
Dah lebih seminggu aku tanggung dah. Telinga kiri aku, kulit bahagian rahang dan leher aku tak pasal-pasal ada ruam / blister. Ada masanya, sangat gatal, pedih macam kena hiris pisau, panas macam kena tenyeh ngan cili padi. Especially, telinga aku - super sensitive, Kalau terkasar sikit je cam terkena kuku ke, boleh aku terlompat-lompat kesakitan. Dah la camtu, buruk pulak rupanya tu. Ada satu hal lagi, belakang telinga aku tu ada benjol kecik yang bila ditekan rasa sakit sebelah leher - tegang semacam.

Dah gi doctor dah. Dia cakap ruam. Dia bagi ubat tahan gatal untuk malam (pe hal? biar la saya nak gatal memalam doktor....), ubat tahan gatal untuk siang, ubat tahan sakit dan krim untuk sapu. Benjol kecik tu kata doctor adalah kelenjar yang membengkak disebabkan oleh kulit aku yang tengah radang. Ruam tu baik nanti, susut lah bengkak tu; katanya.
.
MARI TENGOK DEKAT SIKIT

Gatal, pedih, panas - semua ada.
Leher aku pun bengkak sikit.
.
Officemates dah perasan dah telinga aku merah sebelah, siap ingat aku ada jerawat teruk kat muka, pas tu tak pasal-pasal ada ‘lovebite’ bulan posa ni (ada satu tompok lagi kat bahagian leher depan). Cis! Ada yang kata kayap. Bahaya oooo… kang masuk dalam telinga, habis lah aku.

Aku ingat nak gi klinik kulit jer hari ni, tapi tetiba pagi ni, rasa sakit tu dah banyak kurang. Dah tak pedih sangat. Ada tanda-tanda nak kering. Kopek luka kering sangat syok.

PIL aku sibuk tolong carik orang boleh ubatkan kayap. They found one but according the person’s description, we come into a conclusion that this is NOT KAYAP. Saper tu hari cakap ini kudis buta? Pun bukan okey...
.
Now dah makin baik. Alhamdullillah.
.
Pedih pulak perut ni. Aku sebenarnya ada gastric. Tu la aku perihatin pasal waktu waktu makan ni. Tapi yang peliknya, bulan puasa tak kena pulak.
.
Hikmah puasa agakntya.

14 comments:

Anonymous said...

adoih nampak sakit...u take care

Norliana Abdul Rahman said...

hahahaha ye mmg aku gelak kat nko!! i wish aku leh tgk aiman lari2 tak de baju and nko terkejar2! kuikuikuiii

neomesuff said...

haaa..depa gelak ek..hmm..nanti depa rasa..i punya time nak beli baju depa ni belom lagi..tgh bersiap sedia..

those blisters..if for my family..rasi kalu letak minyak afiat..

Siti Blogger said...

Ni apahal letak gambar teh ais ngancam bulan2 posa ni?? Ada yang lepak kedai mamak malam ni kang!

Nomee said...

Amy @
Sudah banyak kurang sakit. TQ.

Konot @
Member lepas garam asyik kena dukung. Once pijak lantai berdesup lari. Dia lari sgt laju okeyyy... (aku pulak lembab).

Kak Nomee @
Den nak kono boli ubek alfiat ni.

NiN @
Ha... lepak jangan tak lepak. Alang-alang tu partner-kan ngan roti bom sekali.

Anonymous said...

Ehhh...bukan ko ke dulu yang gelak kat aku sebab aku cakap aku kena kejar anak aku kat Subang Parade?? hehehehehee...cool bebeh..

Nomee said...

Bayam @
A'aaaa la.... dulu-dulu aku pun pernah terserempak dgn kau tengah kejar anak kau kat Subang Parade. At least dia pakai baju.

How is she? Still in Perak ?

Diana Ishak said...

aku tengok blister ko tu pun rasa pedihhhhh je.

tu kalau letak bam gamat pehhhhh aku cakap kau, memang dunia ni ko yang punya.

ngahahahha.

Nomee said...

Green Apple @
Ha? Bam gamat punyo penangan camtu ko? Okeh... den poie boli gak nanti.

Z.Y. said...

aku pon sama cam ko - ada gastric. tapi bila bulan posa ni, langsung takde. mmg hikmah ramadhan la beb :)

Nomee said...

ZY @
Congrats on the good news. Take care dear.

Mas Rahim said...

Take care beb!
ha one more thing,..ko kena tag..sila buat ek ehehhhe

Unknown said...

Sya pun dah kena sakit kat telinga tuh..boleh share ...apa ubatnya ? Umm..hope u boleh share..thnks

Unknown said...

Gatal sangat kat telinga...dah bawa p kelinik ubat sapu jerr kena bagi..(krim)..tpi tak berkesan..hope sngt sape yang tau ubatnya..plss share..umm

Your Personality is Very Rare (ESTP)

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.