Kami balik Nilai petang sebelum raya tu. Dah banyak yang mak, abah & adik-adik aku buat. Rasa nak nangis okey tengok mak aku yang suffering from arthritis tu terbongkok-bongkok siapkan 2 kuali besar rendang dan 1 periuk besar sup tulang. Nasib baik ada adik-adik aku tolong. Aku kemas-kemas umah pas tu gi kedai rembat apa-apa yang belum cukup lagi.
Malam raya mak aku kata dia dah request orang takyah takbir kat umah. Tak larat katanya. Walaupun kurang meriah tapi aku okey je. Memang tak menang tangan la kalau ada takbir kat rumah malam tu. Busy tak busy, kol 3 pagi jugak la aku tido malam tu. Che Man lak sempat (buat pertama kali aku rasa) ikut orang gi takbir kat kampung aku ni sampai satu pagi. Itu pun dah dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Kalau dulu-dulu mau kul 5 pagi baru settle. Bayangkan kepenatan orang-orang yang berjalan seluruh kampung tu dan bayangkan lah betapa lamanya tuan rumah yang terakhir tu kena berjaga!
HARI RAYA PERTAMA
My family members minus my brother & my new BIL
Lepas acara kat rumah, cepat-cepat kami kunci pintu rumah, gi rumah uwan yang tak berapa jauh dari rumah kami. Kalau lambat nanti, rumah kami kena serbu, alamat tak boleh keluar lah. Masa ni pakcik makcik & sepupu sepapat aku dah sampai. Lepas tu dia orang datang umah aku pulak, pas tu kita orang gerak dari rumah ke rumah sekeliling (semuanya sedara mara), rehat tengah hari, sambung petang, rehat mahgrib, sambung lagi sampai tengah malam.
Ramai rupanya adik-beradik perempuan aku.
Me, my sisters with some of my cousins (my mom's side)
HARI RAYA KE-2
Second day banyak lepak kat umah sambut tetamu and at night merayau lagi.
HARI RAYA KE-3
Kami dalam 4 buah kereta bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Aku singgah Shah Alam ambik FIL & MIL.
Dalam keta Che Man sound:
“Awak belum minta maaf kat saya lagi kan?”.
Ya Allah! Camna boleh lupa lak ni? Ingat nak do in private hari raya pertama tu. Dok kecoh itu dan ini, sampai terlupa lak. So macam tahun lepas, kami bermaaf-maafan dalam kereta. Kalau tahun lepas masa on the way to Melaka, tahun ni masa on the way to Shah Alam.
"Maap zahir batin bangggg....."
Kami tumpang barang-barang yang tak perlu kat rumah MIL. Tu la masalahnya, bawa barang macam nak balik setahun. Pas tu sumbat barang-barang yang perlu kat dalam keta dan bergerak ke utara. Stop berkelah kat R&R Sungai Perak for lunch with everyone else and direct to Sungai Petani.
At Sungai Petani, singgah kampung my BIL. My sister and her family dah sampai sehari sebelum tu. Minum petang & makan malam. Masa ni Aiman lasak tak ingat. Mentang-mentang la ramai budak-budak kat situ. Aku risau yang dia masuk parit ke, sawah ke. Penat betul aku dibuatnya. Terkejar sana terkejar sini, berpeluh-peluh. By the way, I had the chance to see an area which once hit by Tsunami not far from my BIL punya kampung. According to my BIL, the wave stopped just behind his parents house when Tsunami hit Kota Kuala Muda.
Malam went to abang-ipar-aku-punya-kakak-punya-rumah - somewhere in Sungai Petani town. Meriah sungguh kat sana. Tuan rumah sungguh baik & thoughtful. Macam-macam yang tersedia untuk kita orang. Walau dah makan banyak petang tadi, habis semua food yang terhidang kita orang sapu. "Orang Kondok camtu la perangainya!" -------> ayat mak aku!
Tapi takde gambar. Lupa nak snap.
Aku, Che Man, Aiman , FIL & MIL tinggalkan yang lain-lain malam tu (they all tido situ) dan bertolak pulak ke Alor Setar. Che Man yang dah kepenatan drive sorang-sorang sejak pagi tadi sambil yang lain-lain tido, tersalah jalan and we were half & hour late. Sampai kat umah Mak Long dia (my FIL’s elder sister) sudah 11pm. Penat tak usah cakap, tapi sempat they all makan nasi minyak lagi tu. Aku surrender.
Ini kali kedua aku datang rumah Che Man punya Mak Long. There are three of them in the house. Semua dah tua dan tak berapa sihat. Cuma there is one 59-year old lady we called Cik Chah yang cergas sikit. Hidup pulak serderhana je. Rumah tua tu sudah bertambah uzur sampaikan kami tak dibenarkan naik bahagian atas rumah sebab dinding yang berlubang sana sini. But their hospitality is superb! They tried their best to make us as comfortable as they could and made efforts to prepare delicious food. Aku rasa bersalah pulak menumpang rumah dia orang, tapi kalau datang tak tido sana, nanti dia orang terasa lak. So, redha je lah.
RAYA KE -4
At noon kami bertolak ke Jitra. This was the main reason kami beramai-ramai ke utara tahun ni - my younger sister wedding reception sebelah lelaki. Termasuk my BIL’s sisters & family, there were 8 cars altogether. Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar and we love the food. Kecoh bila balik citer pasal kari (agaknya la) daging dengan umbut pisang. "Jakun betul orang Kondok! "------> my mom punya ayat jugak!
Dah babai kat adik aku yang kini milik orang, kami beramai-ramai ke Bukit Kayu Hitam. Ni la first time aku sampai sini. Well, takde apa yang menarik sangat pasal tempat ni. Kecik je area dia. Tak macam Nilai 3. Takde murah sangat barang nya pun. Tapi sempat gak aku terbeli barang. Alang-lang dah sampai kan.
Tengah aku dok mengejar Aiman ke-hulu ke-hilir (aktiviti wajib di setiap destinasi), ada suara menjerit “Nomiiiii!!!!.....”. Bila aku angkat muka…. Rupa-rupanya kawan aku from KL. Gile! Kat KL tak jumpa, kat situ boleh pulak terjumpa.
Then said goodbye to others yang akan bertolak balik ke Nilai, kami bertolak balik ke Alor Star. Sempat singgah Jitra semula makan Char Koey Teow – Cik Chah sibuk nak belanja. Dah puas aku pujuk tak yah mengada belanja tapi dia insisted. Again I was touched.
Pasal kedai makan tu: Mula-mula heran gak aku camna kedai ni (more like gerai with many tables & chairs) boleh survive, jual satu jenis makanan je, tapi memang sedap. Tu la ramai orang datang makan tu. Tapi nama gerai lupa lak! Yang aku ingat dekat dengan pasaraya YAWATA. Pepandai la korang carik sendiri.
HARI RAYA KE-5
At around 10.00am, after breakfast kami bertolak balik ke Shah Alam. Jalan tak jem teruk tapi perlahan. Aku dapat tau my sisters who left Bukit Kayu Hitam at 6pm yesterday only arrived Nilai at 4.00am that morning. We did not stop for lunch but singgah Kampar. Beraya at my MIL's friend house. Ni satu lagi tuan rumah yang bersusah payah masak lauk pauk yang enak-enak untuk kami at 3.00pm. Dah makan, Che Man sempat lelap, aku cam biasa kena kejar Aiman ke sana ke mari. Dia sibuk nak main lecak, nak naik motor, nak tangkap kucing dan sebagainya. Pas tu at 6.30pm, sambung journey to Shah Alam. Aiman slept the whole time from Kampar to Shah Alam.
I thought I could drive so Che Man boleh rehat, only later I realized lesen aku dah mati malam raya. Aku tiap-tiap tahun aku lupa renew lesen.
Akhirnya kami sampai Shah Alam tepat kul 10.30malam. Syukur sangat-sangat.
Lepak lebih kurang kat MIL pas tu angkut barang-barang balik to our own house.
HOME SWEET HOME!
Nothing beats that! Apalagi sebab besok tu cooooootiiiiiii....!
6 comments:
wah panjangnye entry kali ni.. tak baca pun lagi.. tapi gatai gak nak komen..
Meriah sungguh raya U!!!
Beraya dengan anak kecik macam tu lah. Nak lagi yang tengah lasak. Org lain makan beriya, kita dapat rasa sikit2 aje. Nasib baik anak2 akak dah besar..
Wah meriahnya raya...puas ko travel sampai ke utara kan?
Glad u had fun beraya this year..
tak lupe gak acara kejar-mengejar tu...:P
buat la tradisi. you berdua salam2 raya and mintak maaf dalam kereta. it's like your thang. i think it's cool (and different) An accidental tradition. Accheh. *kidding! jgn marah*
Baik! Nanti saya update blog!
Aishah @
Tau la kau sibuk, sampai blog kau tu bersawang. Tapi kalau sampai tak sempat baca entry aku ni, kira sibuk amat ler nih?
Mamamia @
Tu la tu. Tapi tak pe. Pengorbanan namanya. Dapat beraya ngan anak pun cukup bahagia kalau dibandingkan dengan orang-orang yang kehilangan anak-anak.
Amy @
Ni le first time jalan raya jejauh camtu. Pengalaman yang lain sikit dari kebiasaan. Bagus gak.Kalau tak rutinnya sama jer tiap tahun.
Bayam @
I just saw some photos of you and your cute daughter (facebook). You all namapak macam adik & kakak la.
Inn @
Kau seronok la tahun ni beraya ngan tunang tersayang. Beraya la puas-puas as a single. (You know what I mean. hehehehe)
Post a Comment