07 January 2009

Panas Badan, Sawan Angin (dan Mahkluk Halus?)

Sejak Aiman mula merangkak lagi, MIL & SIL asyik suruh kami bawak Aiman pergi berurut. Budak kecik kena urut katanya sebab badan dia dalam stage macam tu akan sakit-sakit. Sebab tu meragam.

We never did bring him for massage.

Until recently MIL & SIL mentioned that my son selalu terkejut dari tidur. Tak bagus untuk urat saraf. Kami patut bawa dia urut. Lagi pun berurut tu memang baik untuk budak-budak. Ibu tak berpengalaman macam aku ni, setuju saja.

Kami pun berjumpa dengan bidan kampung yang dikatakan pakar mengurut perempuan & kanak-kanak.

Mula-mula pegang Aiman, bidan tu commented that badan Aiman panas dari biasa tapi tak sampai tahap demam. Pada aku itu memang biasa. Badan dia memang selalu panas. Ramai orang komen macam tu tapi takle panas macam demam. Lagi pun dia sangat aktif dan kuat berpeluh. Mungkin sebab tu badan dia selalu terasa panas? Teori sendiri ni.

Bidan tu tak setuju. Itu tanda yang tak bagus katanya. Lalu dia lumurkan badan Aiman dengan sejenis air (ada sejenis tumbuhan dalam mangkuk tu, tak tau apa dia). Air tu cam melekit sikit. Tapi aku kecewa sikit sebab dia tak urut pun. Sapu-sapu badan dengan air je.

Pas tu dia belek-belek muka Aiman and said “Muka dia ni, mahklus halus suka. Ada yang mengikut dan kacau-kacau sikit”.

Pulak dahhhh! Honestly, aku tak percaya tapi aku angguk-anguk je la.

Result?
Bidan tu bagi air tu untuk aku guna bila-bila badan Aiman panas. Tapi aku tak guna & dan dah buang pun (sebab dah lama sangat). Badan dia dah tak panas macam dulu lagi. Itu result positif yang ketara setakat ni. But for some reasons, kita orang tak pergi lagi sana, walaupun bidan tu ada pesan supaya datang lagi.

Last week of December we went to Sekinchan, Selangor. MIL visited her besan there and we had lunch at Selera Rimba, Sg. Lembing. Mak aiii… jauh ke dalam, sampai aku ingat kami akan masuk hutan. Masakan jenis Banja & Jawa.

Aku tunjuk gambar sikit la. Baru real.










Banner (takleh makan ni), Daging Landak & Daging Kijang











Daging Ayam Hutan, Ikan Baung & Ikan Puyu


After that, MIL went for massage. Rupa-rupa nya my Che Man sudah pakat sama kakak dia for Aiman to be massaged too.

Before she massages Aiman, she showed me 2 benjolan belakang telinga Aiman. According to her, Aiman ada sawan angin. Then she checked his body & face and you know what she said?
.
“Ada mahkluk halus yang cuba dekat dengan dia! Tu la tidur dia terganggu”

Okey…. Dua orang tukang urut cakap benda yang sama! Camna ni? Adakah mereka telah berpakat; smsed or e-mailed each other the night before? Mungkin kah?

She gave me multiple choices:
a) Buang angin Aiman
b) Jauhkan Mahkluk halus
c) Kedua-duanya di atas.

Aku pilih (C). Obviously.

All the time when his nenek being massaged, Aiman was there observing. Bila tiba giliran dia, bukan main ready lagi. He enjoyed it very much. Sekejap terlentang, sekejap meniarap, sekejap duduk walaupun ada masa nya muka berkerut-kerut tahan sakit. He also showed the makcik some part of his body (according to the makcik, he knows which part of his body yang tak berapa sedap). When she massaged his stomach, aku dengar bunyi :

Trupppppp……. Trupppppp……

Bunyi angin dalam perut dia, kata makcik tu la.



Anak ibu telah memberikan kerjasama yang baik. Bagus!

Next Aiman dimandikan dengan dua jenis air. Satu jenis yang agak melekit sikit, dan satu lagi baunya macam air limau. Mandi ni untuk menghalau mahkluk halus.

We paid RM150. I am not sure whether there was a miscommunication between SIL, Che Man & the makcik, but I think, it is too expensive (berkira kan aku ni?) coz yang aku tahu berurut dengan dia cuma RM15 to RM30 sahaja. So, mandi manda RM120? Ntahla. Apa pun, jangan risau ya mak cik, coz saya halal kan.

Anyway, the makcik suruh kita orang ulang lagi at least lagi 2 kali.

Result?
Susah aku nak cakap. Dalam beberapa hari lepas urut tu, Aiman berak cair jer. Tak pasti ini ada kena mengena dengan process buang angin tu atau tidak. Tapi sesekali dia kembung juga lagi. Dia masih lagi sekali sekala terkejut-kejut dalam tidur. Sesekali teringat, he’ll ask me to massage his back.

Pasal mahkluk halus yang nak geng ngan anak aku tu, pun aku tak pasti camna. Confuse la nak percaya ke tidak. Aku cuma nak anak aku sihat, normal & happy. Yang lain-lain aku serahkan kebenarannya pada Dia. Cuma Dia yang maha mengetahui akan segala sesuatu.

Wallahhuallam.

10 comments:

Unknown said...

nak tanya pasal makanan tu je.. best ke? aku ni mmg suka makan benda2 pelik dan susah nak dpt ni..

Nomee said...

Aishah @
Pada aku hari tu la (masa tu tengah lapar)rasa makanannya memang sedap. Ditambah pulak dgn macam2 ulam (aku peminat ulam) dan sambal belacan. Pasal daging-daging tu terpulang pada selera masing-masing. Lain orang aku tanya, lain jawapan dia. Tapi ayam hutan rasa cam ayam biasa je. Ikan-ikan tu sungguh memuaskan selera!

Aku Bukan Bidadari said...

isk..sedapnya gambar makanan tuh.. sedap tak?

btw.. cmner ur son? hopefully ok.. yakinlah hanya DIA yang berkuasa keatas segalanya.. ok..

Anonymous said...

aku rasa budak yg bernama aiman ni mmg disenangi makhluk halus kot??? pasal anak sedara aku pun dolu2 terpaksa diberi rawatan bidan2 ni..minum air, pakai tangkal dsb... :)

aku rasa it's ok pasal usaha kita kan.. tapi jgn percaya sgt kot, nnt syirik lak.. even my hubby time he was small pun kena.. bukan imaginary friend lagi tau, siap bermain2 & tidur sekali.. itu my mom-in-law yg bgtau aku.. hehehe :)

*alin*

Anonymous said...

Assalaammualaikum adik Nomee & readers.

Akak nak bagi pandangan sikit (dari sudut syariah). Akak ada jugak belajar tentang rawatan Islam (bukan bomoh nor bidan). Jika seseorang (eg. bidan tu) mengenakan charge yg begitu mahal (Rm150...it is mahal!) cuba lah elakkan dari mendapatkan rawatan dari org seperti itu, kebanyakkan mereka menggunakan khadam/saka (i.e. jin/makhluk halus peliharaan) dan hukumnya syirik. Ramai ustaz² terpelajar gred Al-Azhar yg turut membuka klinik² rawatan Islam, dik Nomee pergilah ke sana. Akak kenal rapat dengan Ustaz Suhaimi Rozali of Darul Ruqiyyah, maybe you can take your son to see him. Call/sms me 0122006464 for details ok! Til then, wassalam.

Nomee said...

Aku Bukan Bidadari @
Sedap.... kalau gi Sungai Lembing, cuba carik. Tempat pun cantik.'

My son okey je. Tak nampak apa-apa pelik pulak. hehehe...

Alin @
Ntah la. Aku tak pernah anggap Aiman ada masalah yang gitu. Nothing extraordinary other than those problems I've mentioned. Itu pun bukan la masalah pelik kan? Wallahualam.

Pn. Liza @
My niat cuma nak bagi dia sedap badan... macam kita gak pergi massage kan. Tak terpikir lansung pasal mahkluk halus. Tapi bila dah diberi pilihan begitu, disuruh buat keputusan disitu, rasa serba salah nak pilih, lalu pilih semuanya.

Thank you very much for the info on the Darul Ruqiyyah and your contact number. Dah pasti ni ada gunanya.

Zetty said...

macam baca episode dlm Bercakap Dengan Jin hehe. sure mcm cute je time dia kena urut tu. siap boleh tunjuk pulak part mana yg sakit tu.

but seriously,insya allah takde apa2 kot. kita bertawakal jek la.

Nomee said...

Zetty @
Bila org kedua cakap benda yang sama, terkesima gak la kan. Dejavu gitu.

Harus lah cute. Tengok pulak anak sapa ;)

Anonymous said...

klu aku yg tak berpengetahuan sgt ni.. aku kureng caya sket.. bukan tak caya ada makhluk halus.. mmg ada.. but sampai mandi manda.. tangkal nak halau sumer tu.. aku kureng. aku caya kita doa, solat, baca quran selalu.. Insya Allah dilindungi.

syok eh nko pi jalan genting la.. makan2 la... jelessss

Zetty said...

cis cis haha!

Your Personality is Very Rare (ESTP)

Your personality type is dominant, driven, poised, and self-aware. Only about 5% of all people have your personality, including 3% of all women and 6% of all men You are Extroverted, Sensing, Thinking, and Perceiving.